AMBM @ MY LNAPerumahan @ My LNA

KPKT Progresif Berjaya Menutup 127 Tapak Sampah Haram Melebihi Sasaran Dalam Tempoh 100 Hari Pentadbiran YB Menteri KPKT

101

KUALA LUMPUR, 7 Mac 2023 – YB Tuan Nga Kor Ming (YB KM), Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan telah mengumumkan kejayaan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui agensinya Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menutup 127 tapak sampah haram melebihi sasaran di tujuh (7) buah
negeri yang menggunapakai Akta 672 dalam tempoh 100 hari pentadbiran YB Menteri KPKT.

Anggaran jumlah sisa yang dibersihkan adalah sebanyak 425 tan bagi 127 tapak sampah haram yang telah ditutup. Sisa domestik merupakan jumlah sisa yang tertinggi ditemui di lokasi iaitu meliputi 23%, diikuti sisa binaan sebanyak 8% dan sisa pukal sebanyak 7%. Selebihnya adalah merupakan sisa bercampur terdiri daripada sisa domestik, sisa binaan dan sisa kebun iaitu sebanyak 62%. Selain itu, bagi kategori pemilik tanah yang telah dijadikan tapak pelupusan sisa pepejal haram, sebanyak 79% adalah di tanah Kerajaan dan 21% adalah di tanah milik persendirian.

Pengumuman ini telah dibuat semasa pemantauan YB KM dalam Operasi Pembersihan dan Penutupan Tapak Sampah Haram ke-127 bertempat di Taman United, Kuala Lumpur pada pagi ini.

YB KM berkata, “KPKT memandang serius berkaitan isu tapak sampah haram ini selari dengan salah satu fokus utama KPKT bagi tahun 2023 iaitu pengurusan sisa pepejal yang lebih efektif dan efisien ke arah ekonomi kitaran.”

Katanya lagi, penutupan tapak sampah haram ke-127 ini melibatkan kekuatan anggota dan petugas seramai 44 orang daripada SWCorp dan Alam Flora Sdn Bhd dengan jumlah sisa pukal dan sisa binaan yang dibersihkan sebanyak tiga puluh tujuh (37) tan.

Susulan daripada penutupan 127 lokasi tapak sampah haram ini, notis peringatan telah dikeluarkan kepada pemilik tanah untuk memastikan premis mereka dijaga dari sebarang pencerobohan untuk melupuskan sisa pepejal. Pemantauan berkala oleh penguatkuasa SWCorp turut dijalankan melalui pemasangan 135 unit CCTV boleh alih di 22 lokasi di mana 2 tangkapan telah berjaya dibuat. Selain itu, terdapat 12 lokasi turut dipantau dengan menggunakan 7 buah dron secara keseluruhan. Seterusnya, tindakan susulan ke mahkamah akan dibuat sekiranya pelaku ditangkap atau pemilik tanah yang ingkar atau gagal mematuhi notis bertulis di bawah seksyen 75 Akta 672.

YB KM turut menekankan bahawa pelbagai usaha akan giat dijalankan oleh Kementerian sebagai langkah ‘way forward’ untuk membanteras kewujudan tapak sampah haram ini secara komprehensif. Ini termasuklah mewujudkan Task Force Isu Pengurusan Sisa Pepejal, melaksanakan pemantauan yang lebih efisien dan tinggi serta penggunaan teknologi baharu seperti Construction Material Recovery Facility.

Selain itu, KPKT turut menjalin kerjasama dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) untuk mengenalpasti titik ‘hot spot’ sampah haram ini. Melalui jalinan strategik ini, SWCorp telah dapat membuat pengesahan terhadap data-data kawasan yang berpotensi untuk menjadi lokasi sampah haram yang dicerap melalui satelit. Kerjasama ini telah memudahkan SWCorp untuk mengenalpasti lokasi-lokasi baharu sampah haram terutama yang melibatkan kawasan dalaman dan di luar perkhidmatan SWCorp.

Turut hadir YB Puan Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh; YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha KPKT; YBhg. Datuk Saidatu Akhma binti Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Persekitaran Mampan) KPKT, Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara; dan Tuan Haji Ismail bin Mokhtar, Ketua
Pegawai Eksekutif SWCorp.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Legacy Credit Muncul sebagai Pemegang Saham Besar dalam VCI Global

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Legacy Credit Sdn Bhd Legacy Credit Sdn Bhd (“Legacy Credit”...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASukan @ My LNAUTAMA

Larian donat kikis imej buruk pemanis mulut

Rakyat Malaysia merupakan antara yang tergemuk di dunia, menurut perangkaan yang terkini....