AMBM @ MY LNAKebajikan @ My LNAUTAMA

Majlis Penyerahan Kunci Rumah Inisiatif Perumahan Veteran ATM Peringkat Negeri Kedah Tahun 2023

275

SUNGAI PETANI, 3 Mac 2023 – Mejar Jeneral Zambery Jefry bin Haji Darus, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Inisiatif Perumahan Veteran ATM Peringkat Negeri Kedah Tahun 2023 bertempat di Kampung Tengah, Padang Temusu, Sungai Petani, Kedah. Pada majlis tersebut, Mejar Jeneral Zambery Jefry bin Haji Darus telah menandatangani plat perasmian dan menyerahkan replika kunci rumah kepada Veteran ATM Encik Abdul Halim bin Salleh yang merupakan penerima rumah baharu.

Kementerian Pertahanan sentiasa peka berkenaan kebajikan Veteran ATM dan mengambil berat isu perumahan Veteran ATM. Isu perumahan Veteran ATM telah dibincangkan melalui Majlis Veteran Kebangsaan (MVK). Program Inisiatif Perumahan Veteran ATM merupakan salah satu strategi inisiatif Peningkatan Kualiti Hidup di bawah Pelan Strategik Mindef dalam Teras 7. Strategi ini memberi penekanan dalam usaha membantu Veteran ATM yang berpendapatan rendah atau miskin dengan menyediakan tempat kediaman yang lebih kondusif dan selesa. Ianya merangkumi dua skop kerja iaitu membina kediaman baharu dan membaikpulih rumah Veteran ATM mengikut syarat yang telah ditetapkan. Kementerian
Pertahanan akan terus berusaha untuk mencari inisiatif baru dan terus membuat penambahbaikan ke atas skim-skim bantuan sedia ada dalam usaha memperkasakan dan meningkatkan kualiti hidup Veteran ATM.

Program ini merupakan kerjasama erat di antara Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) ini diwujudkan oleh SPNB bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM 3,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa. Veteran ATM boleh membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) di mana rumah akan dibina atas tanah sendiri dengan kos yang lebih rendah berbanding projek perumahan lain. Melalui kuota program ini, Veteran ATM akan menerima dua peringkat bantuan iaitu subsidi dibawah Skim Rumah Mesra Rakyat yang dikawal selia oleh SPNB berjumlah RM 20,000.00 dan peringkat kedua bantuan perumahan JHEV ATM berjumlah RM65,000.00 di Semenanjung Malaysia dan RM75,000.00 di Sabah & Sarawak. Manakala kos siling baik pulih rumah sebanyak RM17,000.00 seunit.

Pada tahun 2022, Kementerian Pertahanan telah memperuntukkan sebanyak RM4.57 juta bagi menampung pembinaan 31 rumah baharu dan 152 baik pulih rumah Veteran ATM. Kriteria pemilihan Program Inisiatif Perumahan Veteran ATM terbuka kepada Veteran ATM atau balu yang mana pendapatan isi rumah di bawah jadual Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang telah ditetapkan. Bagi permohonan baik pulih ialah rumah yang didiami adalah rumah sendiri atau pusaka dan bukan rumah yang disewa. Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas rumah sahaja seperti bumbung, dinding, lantai, tingkap yang tidak melibatkan struktur asal rumah. Manakala bagi permohonan bina baharu pemohon mestilah belum memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur, tidak selamat diduduki, dan tidak ekonomi untuk dibaiki serta memiliki tanah sendiri.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah wakil dari Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), persatuan-persatuan Veteran ATM disekitar negeri Kedah dan pengurusan JHEV ATM.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASukan @ My LNAUTAMA

Larian donat kikis imej buruk pemanis mulut

Rakyat Malaysia merupakan antara yang tergemuk di dunia, menurut perangkaan yang terkini....

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNAUTAMA

Gempa bumi kuat di Taiwan

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.4telah berlaku di Taiwan pada pukul...