PETALING JAYA, 23 Februari 2023 – Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, YB Teo Nie Ching hari ini merasmikan DE Rantau@Kuala Lumpur bertempat di Komune Living, Bangsar South anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). DE Rantau merupakan program yang bertujuan menjadikan Malaysia sebagai hab nomad digital pilihan di ASEAN sekali gus meningkatkan penggunaan digital dan mempromosikan mobiliti profesional digital dan pelancongan di seluruh negara.
Program ini merupakan salah satu daripada Program Mangkin Malaysia Digital (PEMANGKIN) dijangka mampu menyumbang sehingga RM4.8 bilion perbelanjaan kepada ekonomi domestik negara menjelang tahun 2025. DE Rantau turut memberi faedah melalui perkongsian maklumat, kepakaran dan kemahiran kepada pasaran tenaga kerja negara dengan nomad digital dari seluruh dunia.
Ini adalah selaras dengan inisiatif Malaysia Digital yang memberi tumpuan menggerakkan rakyat untuk memainkan peranan penting dalam ekonomi digital.
Kuala Lumpur merupakan lokasi program nomad digital ketiga selepas Pulau Pinang dan Pulau Langkawi yang dirasmikan tahun lepas. Setakat hari ini terdapat lebih 700 hab DE Rantau di lokasi-lokasi tersebut. Pemilihan Kuala Lumpur sebagai lokasi terbaharu program DE Rantau dilihat bersesuaian dengan laporan NomadList.com yang merekodkan kedudukan Kuala Lumpur di tangga ke-15 lokasi terbaik untuk para nomad digital daripada 218 buah bandar raya di seluruh dunia.
Lokasi program DE Rantau seterusnya ialah di Melaka, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching yang akan dilancarkan pada tahun ini.
Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, YBrs. Ts. Mahadhir Aziz serta rakan strategik termasuk penerima-penerima pas DE Rantau.
- RESPA MALAYSIA and Glide Technology Sdn Bhd signed partnership MOU
- Zamri Misman dilantik sebagai Ketua Pengarah JPN baharu
- Mary Kay Highlights The Importance Of Women’s Leadership And Private Sector Engagement In Conservation At The World Ocean Summit 2023 Hosted By Economist Impact
- Penyertaan Malaysia Ke Persidangan Air Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2023
- VinFast will deliver the first VF 9 batch on March 27, 2023
Leave a comment