AMBM @ MY LNAParlimen @ My LNAUTAMA

KUNJUNGAN HORMAT SPEAKER PARLIMEN SINGAPURA

155

KUALA LUMPUR: “Ahli Parlimen golongan muda Malaysia dan Singapura perlu mewujudkan ekosistem kerjasama berasaskan kepentingan bersama antara kedua-dua negara. Wakil rakyat kedua-dua negara perlu dijalinkan melalui hubungan mesra anggota legislatif sebagai pembentuk dasar dan perundangan”.

Demikian antara perkara yang dibincangkan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, ketika menerima kunjungan hormat Speaker Parlimen Singapura, Yang Berhormat Tan Chuan Jin di Parlimen hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, perbincangan juga menjurus kepada asuhan akhlak legislatif dalam kalangan wakil rakyat dan hubungan kerjasama dua hala antara Parlimen Malaysia dan Parlimen Singapura.

Kunjungan Speaker Parlimen Singapura ke Malaysia turut diraikan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Yang Berhormat Datuk Johari Abdul dalam satu majlis khas yang diadakan semalam.

Menurut Tan Sri Rais, buat masa sekarang Parlimen Malaysia bercadang untuk mewujudkan semula Parlimen Belia sama seperti Parlimen Model Singapura (Singapore Model Parliament – SMP) yang bertujuan untuk melatih dan melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda yang berkaliber dan berwibawa sejajar dengan keperluan negara masa kini dan masa hadapan.

Selain itu, Tan Sri Rais juga turut berkata kerjasama melalui keluhuran undang-undang, latihan kenegaraan, komunikasi, perumahan dan pelaburan harus digalakkan. Ini adalah disebabkan hubungan kedua-dua negara sesungguhnya terasas kepada realiti sejarah, pentadbiran undang-undang common law dan kekeluargaan.

Oleh itu, Tan Sri Rais mengesyorkan agar Ahli Parlimen Singapura dan Malaysia mengadakan sesi lawatan pertukaran untuk mendedahkan mereka tentang budaya dan kehidupan rakyat di kedua-dua negara.

Speaker Tan Chuan Jin juga turut berkongsi situasi di Singapura berhubung dengan Perkhidmatan Negara (National Service – NS) yang masih dilaksanakan dalam kalangan warganegara lelaki yang berkelayakan dan penduduk tetap untuk berkhidmat dalam pasukan beruniform.

Tan Sri Rais turut memuji langkah yang diambil oleh Singapura itu memandangkan Program Khidmat Negara di Malaysia telah dihentikan. Menurut beliau, program tersebut mampu melahirkan masyarakat yang berdisiplin dan mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Shivakumar Nair dan Setiausaha Kanan (Politik), Darren Kee.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASukan @ My LNAUTAMA

Larian donat kikis imej buruk pemanis mulut

Rakyat Malaysia merupakan antara yang tergemuk di dunia, menurut perangkaan yang terkini....

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNAUTAMA

Gempa bumi kuat di Taiwan

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.4telah berlaku di Taiwan pada pukul...