KUCHING, 20 Februari – Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) hargai peranan media Sarawak dalam memasarkan informasi berkaitan industri perkayuan di negeri ini menerusi penganjuran Pertandingan Persahabatan 10-Pin Boling PUSAKA-Media 2023 di Megalanes Emart Bowling Centre, MJC Batu Kawa di sini, semalam.
Sebanyak 11 Agensi berdaftar seperti Rancangan Televisyen Malaysia (RTM), Berita Nasional Malaysia (Bernama), Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Utusan Borneo, Suara Sarawak, New Sarawak Tribune, The Borneo Post, dan Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS) iaitu seramai 100 peserta terlibat terdiri daripada kakitangan PUSAKA serta pengamal media Sarawak telah menyertai pertandingan tersebut dan ia telah dirasmikan oleh Pengurus Besar PUSAKA, Datuk Hashim Bojet.
Pada sebelah malam pula, PUSAKA turut menganjurkan Majlis Makan Malam Bersama Media 2023 sebagai sebuah penghargaan terhadap barisan media yang bersamasama mempromosikan aktiviti, program serta perancangan PUSAKA dalam mengurus sumber hutan agar industri perkayuan lebih terancang, meningkatkan nilai eksport perkayuan, membangun nilai tambah tinggi, pembuatan perabot balak dari ladang dan hutan asli selain merapatkan hubungan silaturahim antara kakitangan PUSAKA dan pengamal media.
Bercakap semasa Majlis Malam Apresiasi & Jalinan Kasih PUSAKA 2023 sempena Jubli Emas, Hashim memaklumkan bahawa agensi di bawah PUSAKA telah merangka dan melaksanakan program pembangunan ekonomi bertaraf dunia seperti ‘Sarawak Design Week’ di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 13 hingga 16 Februari lalu.
“Program tersebut antara lain memperkenalkan produk hutan dengan rekabentuk kelas antarabangsa akan menambah baik produk hijau di pasaran, memperhebatkan industri berasaskan buluh, memperbanyak aktiviti kajian dan pembangunan (R&D) seperti penciptaan basikal buluh oleh anak watan di Kota Samarahan sebagai menyahut seruan kerajaan negeri membangun industri perkayuan dan memajukan ekonomi selari dengan hasrat kerajaan negeri – Sarawak negeri maju menjelang 2030,” ujarnya semasa merasmikan majlis makan malam di Riverside Majestic, semalam.
Pengisian program termasuklah cabutan tiket bertuah, persembahan hiburan dari pelbagai agensi media, penyampaian hadiah Pertandingan Boling Persahabatan dan sesi bergambar.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment