BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Karnival Meriah Menanti Kanak-Kanak Di Alamanda Putrajaya

145

Musim cuti sekolah bakal dimeriahkan dengan Karnival VIKids

PUTRAJAYA, 18 Februari 2023 – Bersempena dengan musim cuti persekolahan, Pusat BeliBelah Alamanda Putrajaya akan menganjurkan Karnival VIKids yang bakal berlangsung mulai 18 Februari sehingga 12 Mac. Karnival ini bakal membawakan pelbagai aktiviti menarik yang menampilkan permainan yang menyeronokkan selain dari aktiviti fizikal untuk kesemua ahli
VIKids.

Ahli VIKids layak menerima sekeping pas karnival yang boleh digunakan untuk meneroka kepelbagaian aktiviti yang mempunya tema yang berlainan di perkarangan ruang legar utama Alamanda. Ruang legar utama tersebut bakal menjalani transformasi yang menjanjikan kemeriahan dan kegembiraan suasana yang selaras dengan tema sesi cuti persekolahan.

Melalui Pas Karnival VIKIDs, kanak-kanak berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki karusel, “kiddie rides” selain dari peluang untuk bermain permainan arked dan taman tema seperti bola keranjang dan juga aktiviti cat muka dan tangan.

Selain daripada kepelbagaian aktiviti menarik, kanak-kanak juga akan mendapat gula-gula kapas yang akan diedarkan secara percuma.

Setiap ahli VIKids akan menerima satu Pas Karnival yang boleh ditebus untuk setiap hari, selagi stok masih ada. Tebusan pas juga adalah terhad untuk dua ahli VIKids untuk setiap keluarga sehari.

Setiap Pas Karnival akan di label setelah ahli VIKids melengkapkan aktiviti-aktiviti di karnival dan Pas Karnival tersebut perlu diserahkan kepada kaunter servis untuk mendapatkan peluang memenangi hadiah di “Wheel of Prizes”.

Terdapat banyak hadiah yang sedia untuk dibawa pulang. Pengunjung kanak-kanak juga berpeluang untuk memenangi hadiah yang berbentuk set alat seni, mainan lembut dan Pas “Superkidz Day” juga gula-gula kapas.

Melalui pembelian minima yang bernilai RM300 ke atas yang boleh dibuat di mana-mana kedai terpilih, ibu bapa boleh membuat tebusan hadiah kejutan untuk anak-anak mereka. Tebusan adalah terhad untuk satu pembeli setiap hari, selagi stok masih ada.

Karnival VIKids juga akan dimeriahkan dan disambut dengan keriangan berganda apabila persembahan yang menghiburkan akan dipertontonkan kepada para pengunjung pada hujung minggu. Para pengunjung kecil akan dihiburkan dengan persembahan akrobatik, pertunjukkan silap mata, selain dari aktiviti ukiran belon yang bakal di bentuk kepada pelbagai jenis objek dan haiwan.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, “Alamanda yang sinonim sebagai Pusat Beli-Belah keluarga akan sentiasa mendukung kesejahteraan dalam kelompok komuniti. Pertubuhan Kelab VIKids membawa objektif untuk memberi ruang kepada anak kecil untuk menjalankan aktiviti sihat sambil menimba ilmu.

“Ekoran sekatan yang disebabkan oleh Covid-19, pihak kami terpaksa menamatkan tempoh karnival VIKids yang terakhir dijalankan pada 2020 yang lalu selepas 5 hari. Karnival yang sememangnya ditunggu-tunggu ini akan diadakan dengan sambutan meriah yang berganda yang mana kesemua pengunjung kanak-kanak akan menjalankan aktiviti yang disediakan dalam suasana sebuah karnival. Karnival kali ini dilihat sebagai hari yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga memandangkan kehadiran musim cuti persekolahan. Simbolik dengan suasana ini, saya yakin para pengunjung boleh menjadikan detik bersama keluarga di karnival ini akan menjadi satu detik yang tidak akan dilupakan,” tambah Brien.

Keahlian VIKids percuma untuk setiap perbelanjaan serendah RM50

Kanak-kanak yang belum mempunyai keahlian VIKids boleh membuat pendaftaran melalui perbelanjaan yang dilakukan dengan nilai serendah RM50 melalui mana-mana dua resit di kedaikedai terpilih di Pusat Beli Belah Alamanda Putrajaya.

Selain daripada menjadi satu medium khusus untuk menggalakkan aktiviti fizikal yang sihat dikalangan kanak-kanak, Kelab VIKids juga komited untuk meningkatkan tahap pencapaian ilmu pengetahuan disamping menjadi ruang untuk kanak-kanak menunjukkan bakat dan kreativiti masing-masing. Keahlian VIKids terbuka untuk kanak-kanak yang berusia 5 sehingga 12 tahun. Sebarang informasi terkini yang akan dijalankan di Pusat Beli-Belah Alamanda, hadiah alu aluan serta hadiah promosi hari jadi selain dari promosi eksklusif pusat beli belah akan diwartakan kepada setiap ahli yang berdaftar.

Dengan ini pihak pengurusan Alamanda menjemput kesemua pengunjung untuk berkunjung ke pusat beli belah sewaktu tempoh Karnival VIKids! Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kaunter pertanyaan di talian 03-8888 8882 atau layari laman sesawang www.alamanda.com.my.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNACuaca @ My LNAUTAMA

NADMA laksanakan Operasi Pembenihan Awan di Sabah

SABAH, 28 Mac 2024 – Semalam Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Ramadan dan limpahan barakahnya

Oleh: Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Kedatangan bulan Ramadan sangat ditunggu-tunggu oleh...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAGaya Hidup @ My LNAPendapat @ My LNASukan @ My LNAUTAMA

Menilai kewajaran Malaysia tolak tawaran anjur Sukan Komanwel 2026

Oleh: Dr Mohd Zaidi Md Zabri Rentetan penarikan diri Victoria, Australia sebagai...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...