AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPengguna @ My LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

AEON BiG Sambut Seruan Kerajaan Laksanakan Program Rahmah

675

KUALA LUMPUR 20 Februari 2023 – AEON BiG (M) Sdn. Bhd atau AEON BiG hari ini melancarkan Program Rahmah yang merangkumi Jualan Rahmah, Bakul Rahmah, Menu Rahmah dan Pakej Rahmah untuk terus membantu masyarakat mengharungi kos sara hidup yang tinggi, seiring merancakkan lagi sektor ekonomi negara.

Majlis pelancaran Program Rahmah AEON BiG tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di AEON BiG Wangsa Maju.

Di dalam Jualan Rahmah, AEON BiG menawarkan 100 produk terpilih yang dijual pada harga lebih rendah untuk meringankan beban pelanggan. Antara barangan terpilih yang dijual melalui Jualan Rahmah ini termasuk beras, minyak masak, makanan proses, peralatan mandian dan banyak lagi keperluan asas lain.

Selain itu, AEON BiG juga memperkenalkan pelbagai set Menu Rahmah berserta air mineral yang berharga RM4.95 sahaja. Menu ini terdiri daripada Menu Rahmah Ayam, Menu Rahmah Sotong, Menu Rahmah Ayam Hitam, Menu Rahmah Ayam Lemak, Menu Rahmah Ayam Merah, Menu Rahmah Ikan dan Menu Rahmah Ikan Lemak.

Manakala bagi Pakej Rahmah, AEON BiG menyediakan pakej barangan keperluan harian bernilai RM50 yang akan dijual di seluruh cawangan AEON BiG.

Inisiatif ini merupakan salah satu misi utama AEON BiG bagi menawarkan pilihan barangan yang bermutu dan bernilai kepada pelanggannya, di samping bersama menyahut seruan kerajaan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup.

AEON BiG juga menyumbang Bakul Rahmah kepada 180 keluarga daripada kumpulan B40 dan miskin tegar di 6 negeri terpilih iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Penang, Perak dan Pahang pada hari perasmian.

Menurut Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Pengarah Urusan AEON BiG “Kami sentiasa menyokong hasrat Kerajaan di dalam misi membantu golongan yang memerlukan dan menyambut baik insiatif Payung Rahmah ini. Kami bersyukur kerana melalui program ini, AEON BiG dapat melaksanakan hasrat Kerajaan sekaligus membantu golongan B40 dan miskin tegar dalam meneruskan kehidupan harian,”

“Walau dalam apa juapun situasi, kami sentiasa bersedia untuk bergerak bersama bagi memastikan kelangsungan hidup dan keadaan ekonomi dan sosial sentiasa seimbang. Golongan B40 dan miskin tegar ini juga merupakan sebahagian dari ekosistem kami dan menjadi tanggungjawab AEON BiG untuk sentiasa berada dekat di hati mereka.” tambah beliau.

Pada tahun lepas AEON BiG telah mengadakan inisiatif Jimat Poket di mana ianya menampilkan dua bungkusan yang terdiri daripada barangan keperluan untuk dipilih oleh pelanggan. Bungkusan RM60 terdiri daripada 15 barang komoditi manakala bungkusan RM100 mempunyai 18 barang komoditi.

AEON BiG juga sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan khasnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bagi memastikan pelanggan sentiasa mendapat mutu barangan yang terbaik. Inisiatif bersama yang telah dilaksanakan
sebelum ini seperti Program Jualan Keluarga Malaysia.

“Ini merupakan satu inisiatif yang terbaik untuk berkongsi rezeki kerana ianya bersifat menang-menang yang menyantuni kedua belah pihak iaitu pelanggan dan AEON BiG. Semoga niat kami melaksanakan Program Rahmah ini diberkati.” ujar beliau.

Jualan Rahmah adalah konsep jualan murah yang diperkenalkan oleh Kerajaan di bawah inisiatif Payung Rahmah, khusus untuk golongan B40. Menerusi Program Jualan Rahmah, pasar raya menawarkan harga barangan keperluan sehingga 30 peratus lebih rendah bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat terutama golongan rentan.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...