AMBelia & My LNABM @ MY LNAUTAMA

Elaun Pelajar Latihan Industri

178
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. Foto oleh FADLISHAM FADZIL

19 Februari 2023 – Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Persekutuan Majikan Malaysia menyatakan ’Elaun mandatori untuk pelajar latihan industri akan menghalang majikan sektor swasta daripada menawarkan penempatan latihan’. Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh ingin menekankan bahawa kenyataan yang disampaikan pada 16 Feb 2023 itu adalah untuk menggalakkan sektor swasta mencontohi langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan berkaitan latihan amali bergaji dan tidak ada rancangan untuk mewajibkannya pada masa ini, terutamanya kerana syarikat masih
melalui pemulihan pasca Covid-19.

Beliau seterusnya menyatakan bahawa perkara itu akan dibawa ke Kabinet di mana kebaikan dan keburukan akan dibincangkan.

Hannah berkata demikian semasa sidang media di Parlimen bagi tujuan membalas soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Muar YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menggesa kerajaan untuk menguatkuasakan program internship berbayar dalam sektor swasta seperti sektor Kerajaan.

YB Menteri Belia dan Sukan menjawab dengan berkata “dasar sedia ada Kerajaan tidak mewajibkan mana-mana syarikat swasta membayar elaun kepada pelajar di dalam program latihan industri”. Walaubagaimanapun, Kerajaan amat menggalakkan agar syarikat swasta mencontohi sektor kerajaan untuk turut melaksanakan pembayaran elaun kepada para pelajar yang sedang menjalani latihan industri.”

Beliau juga turut menyatakan bahawa pertimbangan untuk menguatkuasakan pemberian elaun latihan industri oleh pihak swasta perlu diteliti dari pelbagai aspek.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...