KUALA LUMPUR, 18 Februari 2023 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersetuju menguatkuasakan peraturan mewajibkan semua atlet Para negara ditemani pegawai pengiring untuk semua penyertaan pertandingan di peringkat antarabangsa, berkuatkuasa dengan serta merta.
Ketetapan itu, yang bakal diselaraskan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) bersama-sama Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), bertujuan memastikan keselamatan dan segala keperluan atlet Para negara dijaga sepanjang masa demi memastikan fokus serta tumpuan mereka tidak terjejas.
“Saya telah mengarahkan MSN menyelaraskan keperluan tersebut supaya atlet-atlet Para kita akan dapat memberikan perhatian sepenuhnya kepada mempamerkan prestasi terbaik mereka di setiap kejohanan atau pertandingan peringkat antarabangsa yang mereka sertai,” kata Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Hannah Yeoh.
Jumlah pegawai pengiring untuk atlet-atlet Para negara itu tertakluk kepada kuota penyertaan seperti yang ditetapkan oleh penganjur dengan MSN dan MPM akan memastikan pegawai berpengetahuan dalam sesuatu sukan spesifik diberi tanggungjawab berkenaan.
Keputusan itu selaras dengan Klausa 12.4 berkaitan Tadbir Urus, Peranan dan Tanggungjawab Petugas Sokongan Atlet dalam Kod Klasifikasi Atlet Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).
Klausa berkenaan menjelaskan bahawa Petugas Sokongan Atlet boleh dilantik daripada kalangan jurulatih, petugas perubatan, ibu bapa ataupun mana-mana individu yang membantu atlet dalam perjalanan kerjaya mereka sebagai ahli sukan dan mestilah berpengalaman serta mematuhi semua garis panduan dan peraturan yang digariskan dalam Kod Klasifikasi IPC berkenaan.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment