Home Ekonomi Pembekalan petrol dan diesel tanpa subsidi kepada kenderaan pendaftaran asing, langkah KPDN tangani ketirisan subsidi
EkonomiHighlightsMY LNAPengguna

Pembekalan petrol dan diesel tanpa subsidi kepada kenderaan pendaftaran asing, langkah KPDN tangani ketirisan subsidi

Projek Rintis berkaitan Pembekalan Minyak Petrol RON 95 dan Diesel Tanpa Subsidi dirasmikan. Foto oleh UKK KPDN

PADANG BESAR, 15 Februari 2023 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin bin Ayub telah merasmikan Projek Rintis berkaitan Pembekalan Minyak Petrol RON 95 dan Diesel Tanpa Subsidi di Padang Besar, Perlis.

Dalam ucapan perasmiannya, Salahuddin berkata isu ketirisan subsidi menjadi topik hangat yang dilaporkan saban tahun.

Katanya walaupun pelbagai usaha penguatkuasaan dalam menangani ketirisan atau penyelewengan minyak petrol dan diesel giat dilaksanakan, namun aktiviti penyeludupan produk petroleum ini tetap berleluasa dilaksanakan dengan bermacam modus operandi dan kaedah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin bin Ayub. Foto oleh UKK KPDN

“Pada tahun 2022, KPDN telah merekodkan 43 tangkapan kes melibatkan penyeludupan petrol RON95 dan diesel di Perlis dengan nilai rampasan berjumlah RM100,611.00.

Dalam usaha menangani ketirisan subsidi ini, KPDN mengambil inisiatif melancarkan pembekalan minyak petrol dan diesel tanpa subsidi kepada kenderaan pendaftaran asing. Inisiatif ini akan memberi kemudahan kepada kenderaan berpendaftaran asing untuk mendapatkan bekalan minyak petrol dan diesel di stesen minyak komersial atau akan datang di stesen minyak sedia ada dengan harga komersial dan tanpa subsidi. Projek rintis ini akan dilaksanakan di negeri Perlis terlebih dahulu bagi tempoh 3 bulan dari Februari hingga April 2023 bagi menilai keberkesanan program ini sebelum ia dipanjangkan kepada negeri- negeri sempadan yang lain seperti Kedah, Perak, Kelantan, Johor, Sabah dan Sarawak.

Melalui pelaksanaan projek rintis di Perlis ini, Arahan Pengawal Bekalan yang baharu (hanya untuk pelaksanaan di Perlis) telah dikeluarkan berkuatkuasa 1 Februari 2023 mengenai larangan penjualan minyak diesel kepada kenderaan berpendaftaran asing. Walau bagaimanapun, semua kenderaan berpendaftaran asing di Perlis masih boleh mendapatkan bekalan minyak petrol atau diesel tanpa subsidi. Buat masa ini, terdapat dua (2) stesen minyak tanpa subsidi masing-masing di Padang Besar dan Wang Kelian.” kata Salahuddin.

Tambahnya, pelaksanaan inisiatif ini akan diseimbangkan dengan operasi penguatkuasaan yang berterusan bagi memastikan program ini mencapai objektif yang disasarkan serta dijayakan dengan mematuhi peraturan dan perundangan yang berkuatkuasa.

“Kerajaan juga telah mengamanahkan sejumlah 28 buah kenderaan Proton X70 kepada Bahagian Penguatkuasa KPDN untuk dimanfaatkan dalam operasi penguatkuasaan terutama di lokasi hot spot kawasan sempadan. Tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang sengaja melanggar undang-undang yang ditetapkan.” ujar Salahuddin.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

MY LNAPolitik

Tuduhan Anwar – Dr M

1. Dalam usaha untuk menghalang perhimpunan Melayu yang menjemput saya hadir, Anwar...

AMDSISHighlightsKebajikanMY LNA

Ismail Sabri santuni anak-anak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

27 Mac 2023 – Mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob...

AMBizEkonomiMY LNAPengguna

Bengkel Motosikal Tawar Tayar Harga Rahmah RM5

KAJANG, 26 Mac 2023 – Dengan niat untuk meringankan beban pengguna, sebuah...

AMIsu SemasaMY LNA

Phoong komited selesaikan Project Star City yang lama terbengkalai

SABAH 25 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan Sabah, Phoong...