BM @ MY LNALuar Bandar @ My LNANiaga @ My LNAUTAMA

KKDW Peruntuk 1.7 Juta Bagi Pelaksanaan Program Pendigitalan Usahawan Desa

259

PUTRAJAYA, 14 Februari 2023– Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM 1.7 juta ringgit untuk Program Pendigitalan Usahawan dengan menyasarkan seribu usahawan mendigitalkan perniagaan mereka.

Ketua Setiausaha KKDW, Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun berkata, inisiatif melalui platform Desamall ini adalah strategi di bawah Teras 2 Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) iaitu Keusahawanan Pemacu Pembangunan Ekonomi menerusi pernyataan dasar Membangun Produk dan Memperluaskan Pasaran Termasuk Perniagaan Dalam Talian (ECommerce).

Modul latihan program Pendigitalan Usahawan Desa Desamall ini merangkumi pendigitalan penyediaan kunci kira-kira, pengurusan stok di gudang dan di kedai, pengurusan gerbang pembayaran, akses internet yang optimum dan kemahiran-kemahiran lain berkaitan perniagaan.

Ketua Setiausaha KKDW, Dato’ Sri Ramlan bin Dato’ Harun. Kredit Foto UKK KKDW

“Kita lihat pelbagai program keusahawanan diketengahkan bagi membantu usahawan kecil menjalankan perniagaan dalam talian melalui platform e-dagang, memahami kebolehpasaran produk dan khidmat dalam strategi penjenamaan.”

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Program Pendigitalan Usahawan Desa Siri 1/2023 di Putrajaya semalam.

Turut hadir, Setiausaha Bahagian Pembangunan Ekonomi Komuniti KKDW, Encik Mohd Sabri Ramly dan Pengarah Urusan Syarikat eLokal dan Pentadbir Desamall, Encik Ahmad Shah Wahid.

Jelasnya lagi, program ini telah diperkenalkan pada tahun 2022 dan sebanyak 3 siri program dilaksanakan di Putrajaya, Pulau Pinang dan Sabah yang memanfaatkan seramai 706 usahawan di bawah program pendigitalan usahawan ini.

Sehingga 31 Disember 2022, jumlah jualan terkumpul melalui program Desamall adalah sebanyak RM5.169 juta dan Stock Keeping Unit (SKU) sebanyak 28,255 di semua platform eDagang. Manakala, seramai 4,070 usahawan desa menyertai program Desamall dan memasarkan produk secara dalam talian di platform e-Dagang.

Tambah beliau, KKDW melalui program Desamall sentiasa progresif memanfaatkan teknologi bagi memastikan inisiatif ini terus kekal relevan serta lestari bagi memenuhi keperluan usahawan terutamanya di luar bandar.

Secara am, kuasa digital mencetus fenomena baharu keusahawanan. Kemahiran berniaga dalam memasarkan produk dan perkhidmatan secara talian melalui platform e-dagang seperti Lazada, Shopee, Youbeli memberi ruang untuk usahawan meneroka lebih jauh.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...