AMBM @ MY LNAUTAMA

KEJAYAAN TANGKAPAN TAHUN 2022 BUKTI MARITIM MALAYSIA KOMITED MENJAGA PERAIRAN NEGARA

119

SANDAKAN, 11 Februari 2023 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah merekodkan sebanyak 1,143 kes tangkapan atas pelbagai kesalahan melalui operasi yang telah digerakkan oleh agensi ini sepanjang tahun lalu.

Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh Maritim Malaysia dalam menjalankan tugas menjaga keselamatan di kawasan perairan maritim negara.

“Saya dimaklumkan, pada tahun lepas sahaja hampir RM4.8juta hasil rampasan diperolehi manakala lebih RM45 juta denda / kompaun telah dikeluarkan kepada pesalah yang telah ditahan oleh pihak Maritim Malaysia.

Daripada jumlah yang direkodkan itu tadi, Maritim Malaysia telah membuktikan mereka memiliki kemahiran dan kepakaran setanding dengan agensi penguatkuasaan yang lain di dalam negara ini.”

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Lintas Hormat Aset Laut, Udara dan Darat berkonsepkan `Fleet Review’ berhampiran pejabat Zon Maritim Sandakan,Sabah sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke agensi ini hari ini.

Turut hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah serta Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som.

Saifuddin turut mengakui melalui aset-aset terkini yang ditunjukkan, beliau yakin agensi ini mampu mengawasi keselamatan perairan negara serta dapat menjayakan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) di laut.

“Sebanyak 11 buah kapal, 3 buah pesawat udara dan 4 buah bot pengiring keselamatan terlibat dalam acara lintas hormat sebentar tadi. Ini merupakan sebahagian daripada aset Maritim Malaysia yang digunakan dalam penugasan dan operasi agensi ini.”

Masih mengekalkan tema sebelum ini iaitu “Kami Serius Melaksanakannya” . Tema ini dilihat mampu menyemarakkan semangat setia, dedikasi dan kesungguhan warga Maritim Malaysia dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada agensi ini.

Pada sambutan pada kali ini, Maritim Malaysia turut melaksanakan Eksesais Maritim Perkasa bil 2/2023 di perairan Negeri Sabah. Eksesais ini adalah latihan dalam bentuk operasi dari sudut memperkasakan dan meningkatkan kompetensi
keberadaan aset-aset Maritim Malaysia di laut dan udara dalam strategi membanteras jenayah di perairan negara.

Selain Eksesais Maritim Perkasa, orang ramai yang hadir ke sambutan ini turut dapat menyaksikan demontrasi Pasukan Khas dan Penyelamat (PTK), pameran daripada agensi kerajaan dan berpeluang mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan
kesihatan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...