AMBM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Dr. Masliha akan bertanding jawatan Ketua Puteri UMNO

174

KUALA LUMPUR 9 Februari 2023– Exco Pergerakan Puteri UMNO Dr. Masliha Harun mengumumkan akan bertanding jawatan Ketua Pergerakan Puteri UMNO mengantikan Datuk Zahida Zarikh Khan.

Masliha yang bergiat lebih 20 tahun sebagai ahli parti berkata, REVU akan menjadi visi beliau kepada Puteri UMNO sekiranya terpilih sebagai ketua sayap yang baharu.

REVU yang bermaksud peremajaan (rejuvenation), pemerkasaan (empowerment), suara (voice) dan perpaduan (unity) berupaya membawa inspirasi dan kekuatan kepada Puteri UMNO dan parti itu sendiri.

“Politik sekarang ini dinamik. Dulu politik khidmat bakti sekarang politik baru. Kita perlu rejuvenasi Puteri dengan menarik penyertaan anak muda kepada UMNO secara lebih agresif.

“Saya mahu tambahkan keahlian Puteri dengan melibatkan semua kumpulan iaitu mahasiswa, profesional dan golongan wanita muda berumur 18 tahun.

“Saya juga mahu empowered Puteri. Bukan sekadar memperkasakan tetapi berani membawa suara anak muda dengan imej lebih yakin dengan memperjuangkan ekonomi, pendidikan dan kepimpinan kumpulan ini,”

Beliau juga mahu Puteri menjadi voice atau suara rujukan anak muda dengan menjadikan sayap itu sebagai ‘one stop center’ untuk golongan wanita muda menyuarakan masalah dan pandangan.

Banyak isu-isu yang boleh diperjuangkan oleh Puteri seperti ibu tunggal yang terbiar dan tidak mempunyai pendapatan, pencabulan dan penderaan kanak-kanak.

“Saya juga mahu wujudkan unity dalam parti, untuk UMNO bangkit semula kita tidak boleh dilihat berpecah dan berpuak.

“Maka saya mahu menyatukan hati setiap ahli supaya mencintai parti. Mereka perlu hormat organisasi. Kita tidak perlu taksub pemimpin tetapi taksub kepada parti dan apsirasi yang dibawa.

“Kalau setiap ahli tahu aspirasi dan agenda parti dengan jelas mereka lebih fokus untuk bersama UMNO. Adalah penting untuk memupuk semangat jati diri dalam kalangan ahli,” tegas beliau yang merupakan doktor perubatan dan mempunyai klinik sendiri.

Masliha yang juga Pengerusi Bertindak Undi 18 Puteri UMNO berkata, beliau juga telah menyiapkan pelan induk bagi menarik kumpulan tersebut kepada parti.

Bagaimanapun akibat beberapa kekangan pelan induk berkenaan tidak dapat dilaksanakan sebelum pilihan raya umum yang lalu.

Namun katanya, jika diberi peluang oleh ahli untuk diangkat sebagai ketua sayap yang baharu beliau akan memastikan pelan induk berkenaan dijayakan sepenuhnya.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai itu berkata, bukan mudah untuk mengetuai sayap parti dalam keadaan UMNO tewas namun ia adalah cabaran yang perlu beliau pikul untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat.

“Pengalaman sebagai ahli Puteri sejak 2002 adalah perisai saya untuk memegang jawatan ini.

“Saya tahu kita perlu ukur baju di badan sendiri tetapi kita Puteri lahir di zaman sebagai pembangkang. Di kala kita tak jadi kerajaan dan kalah terduduk orang telah lari tinggalkan perjuangan, melompat parti lain. Saya masih kekal.

“Saya nampak Allah beri kita satu peluang baharu. Sekarang kita kalah lagi dan bukan nak dabik dada jadi kerajaan. Tetapi itu adalah peluang yang dibuka untuk memulihkan parti sedikit demi sedikit,” kata Masliha.

Masliha secara berterus terang berkata, tempoh yang panjang amat diperlukan untuk menarik semula kepercayaan rakyat kepada UMNO sekali gus memulihkan parti keramat orang Melayu itu.

Namun beliau yakin sekiranya kerajaan terus stabil dan harmoni, ekonomi meningkat maka UMNO boleh pulih seperti biasa.

Tambahan katanya, UMNO tetap kekal dengan agenda dan aspirasi memperjuangkan bangsa, agama dan negara yang akan sentiasa dihargai oleh rakyat

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNApenternakan @ My LNA

DVS tubuh task force kesan ladang-ladang ternakan tidak diketahui punca bekalan

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) sedang menangani isu...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...

AMBM @ MY LNA

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI bersama PM di 7 buah negeri

PUTRAJAYA, 17 April 2024 – Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama YAB Perdana...