AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

Fadillah ke Indonesia, eratkan kerjasama

265
YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato ’Sri Haji Fadillah Haji Yusof. Sumber foto UKK KPK

PUTRAJAYA 8 Februari 2023 – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) memaklumkan bahawa Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato ’Sri Haji Fadillah Haji Yusof, akan berangkat ke Jakarta pada 8 Februari 2023 untuk lawatan kerja rasmi selama tiga hari. Beliau akan diiringi delegasi dari Kementerian Perladangan dan Komoditi dan agensi-agensi di bawahnya.

Menurut KPK, bagi sektor sawit, pertemuan akan diadakan dengan Yang Terhormat Airlangga Hartarto, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia.

“Perkara utama yang akan dibincangkan ialah berkaitan strategi yang perlu disusun secara terancang untuk menangani Peraturan Kesatuan Eropah terutamanya European Union Deforestation Regulation (EUDR) yang meletakkan industri sawit dalam risiko. Selain itu, kerjasama melalui Council of Palm Oil Producing Countries (CPOPC) akan terus dipertingkat bagi kepentingan bersama.

Malaysia berhasrat untuk mengukuhkan pakatan negara pengeluar minyak sawit dan menggiatkan kempen positif secara bersama di samping mengadakan dialog dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk negara pengeluar dan pengguna minyak sawit. Tindakan ini merupakan salah satu usaha untuk membetulkan persepsi yang tidak baik ke atas produk minyak sawit. Minyak sawit merupakan minyak sayuran yang paling banyak dikawal selia melalui akta dan peraturan. Selain itu, keperluan persijilan di peringkat antarabangsa dan domestik seperti Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) turut dipenuhi.” kata KPK dalam satu kenyataan.

Manakala bagi sektor getah, pertemuan akan diadakan dengan Yang Terhormat Dr. Zulkifli Hasan, Menteri Perdagangan Indonesia, bagi membincang dan memperkukuh kerjasama sedia ada antara Malaysia dengan Indonesia melalui International Tripartite Rubber Council (ITRC) dan Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT). Selain itu, perbincangan juga akan memberi tumpuan kepada cadangan penubuhan ASEAN Rubber Council (ArCo) di bawah ASEAN.

“Kerjasama Malaysia dan Indonesia amat penting di peringkat antarabangsa dengan organisasi pelbagai hala termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi mendesak pensijilan dan rangka kerja di peringkat global. Kerjasama ini penting kerana isu persijilan dan kebolehjejakan (traceability) merupakan elemen yang dititikberatkan dalam pelaksanaan EUDR dan akses kepada pasaran global. Kementerian berharap lawatan ini akan menggerakkan langkah tersusun secara kolektif demi menjaga kepentingan industri sawit daripada serangan pihak luar terutamanya EU melalui halangan perdagangan yang berbentuk diskriminatori.

Hubungan Malaysia dan Indonesia akan terus dipererat menerusi kerjasama melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta aplikasi teknologi untuk sektor agrikomoditi. Kepentingan pekebun kecil di kedua-dua negara juga akan terus dipertahankan selain melindungi hak mereka serta memperoleh pendapatan yang terjamin dan saksama.” ujar KPK

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...