AMBM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNAUTAMA

Malaysia dan Singapura perbaharui kerjasama dalam bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital

131
Sumber Foto FB Rasmi Menteri Komunikasi dan Digital

PUTRAJAYA, 4 Februari 2023 – Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa beliau telah mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat, PYT Josephine Teo, Menteri Perhubungan dan Penerangan Singapura pada hari ini bagi membincangkan dengan lebih mendalam hala tuju kerjasama Malaysia dan Singapura dalam bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital selain bidang komunikasi.

Kata Fahmi dalam satu kenyataan semalam, Malaysia dan Singapura baru sahaja memperbaharui kerjasama dalam bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) pada 30 Januari 2023 di Singapura, sekaligus menyediakan platform kepada agensi-agensi di kedua-dua negara memulakan kerjasama yang lebih mendalam dalam bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital.

“Antara kerjasama yang dirangka adalah perkongsian maklumat dan kepakaran serta amalan terbaik antara Malaysia dan Singapura dalam menangani isu penipuan dalam talian (online scam) secara lebih berkesan dan mengoptimumkan penggunaan data sebagai sumber komoditi yang berharga dalam pertumbuhan ekonomi digital negara.

Saya turut mengalu-alukan kesudian Menteri Perhubungan dan Penerangan Singapura serta delegasi menghadiri konsert Muzika Ekstravaganza yang dihoskan oleh Malaysia pada malam ini. Konsert anjuran bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MediaCorp Suria Singapura ini merupakan konsert kali ke-14 yang bermatlamat untuk menaikkan taraf industri muzik kedua-dua negara menerusi pertukaran kepakaran dan pengalaman serta penggunaan teknologi, selain memberi
pendedahan kepada budaya kerja antara kedua-dua stesen penyiar.” kata Fahmi.

Turut serta dalam sesi mesyuarat tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia, TYT Vanu Gopala Menon, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Haji Mohammad bin Mentek, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan dan Penerangan Singapura, Mr. Joseph Leong, Pengerusi Interim Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), YBhg. Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Ts. Mahadhir Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia (CSM), YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab serta pegawaipegawai kanan Kementerian Komunikasi dan Digital.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...