28 Januari 2023 – Bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa beliau tidak setuju dengan keputusan pemecatan Khairy Jamaluddin dan penggantungan 6 tahun Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Tan Sri Noh Omar (yang kemudiannya dipecat atas kehendak Tan Sri Noh), Shahril Hamdan, Datuk Seri Salim Sharif (Jempol).
Tegas Ismail Sabri, pemecatan dan penggantungan dibuat tidak mematuhi proses perundangan dan bertentangan dengan prinsip ‘natural justice’ seperti hak membela diri.
“Dalam isu ini tiada surat tunjuk sebab bagi yang dituduh mengetahui pertuduhan terhadap mereka, tiada ruang menjawab pertuduhan melalui surat tunjuk sebab tersebut.
Jika yang menuduh tidak puas hati maka yang dituduh perlu dirujuk kepada pendengaran dalam jawatankuasa disiplin bagi mempertahankan diri. Beliau boleh membawa saksi. Tuduhan perlu dibuktikan.
Jika jawatankuasa disiplin mendapati yang dituduh bersalah atau sebaliknya, maka jawatankuasa disiplin perlu memberi cadangan kepada jawatankuasa pengurusan UMNO.” kata Ismail Sabri dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau.
Tambah Naib Presiden UMNO itu, jawatankuasa pengurusan UMNO perlu berbincang dan membawa cadangan ke MT untuk keputusan. Bagaimanapun, proses itu tidak dilaksanakan.
“Saya dimaklumkan jawatankuasa disiplin tidak pernah menasihatkan Presiden untuk sebarang tindakan namun hanya memaklumkan tentang terdapat laporan dibuat terhadap yang dituduh.
Maka saya menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan tersebut kerana terdapat kecacatan nyata dalam proses membuat keputusan memecat dan menggantung mereka.
Sebagai sebuah parti yang bertamadun, UMNO mesti dilihat telus dalam membuat sebarang tindakan.” tegas beliau.
- Woh Hup Celebrates 88 Years of Bringing Asian Flavours to the World
- OneConnect Releases Q3 2024 Results with Net Profit attributable to Parent Company Reaching RMB110 million
- Sheffield Green Opens Offshore Wind Training Centre in Taiwan Chiayi
- Eude Technology Establishes Strategic AI Research Partnership with Nanyang Technological University
- Five Overseas Cities Win This Year’s Shanghai Award for Sustainability
Leave a comment