AMBM @ MY LNA

KPKT Komited Memperkasa Komuniti Dan Inisiatif Hijau Melalui Rm4.6 Juta Peruntukan Pembangunan Projek Laman Selera MPAJ@AMPANG JAYA

159
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir menyempurnakan Majlis Perasmian Laman Selera MPAJ@Ampang Jaya pada 19 Januari 2023. Kredit Foto UKK KPKT

SELANGOR, 19 Januari 2023 – YB Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Laman Selera MPAJ@Ampang Jaya pada pagi ini. Sejumlah 4.6 juta telah diperuntukkan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam membangunkan Projek Laman Selera MPAJ @ Ampang Jaya yang berkeluasan 0.71 ekar ini. Pembangunan turut melibatkan pembangunan sebuah Pusat Anaerobic Digester (AD) MPAJ yang berkeluasan 0.37 ekar.

Medan selera baru ini merupakan salah satu usaha MPAJ untuk terus memajukan golongan usahawan di kawasan Ampang Jaya dengan menaik taraf industri makanan dan minuman serta menggalakkan aktiviti komersial sekaligus meningkatkan ekonomi warga Ampang Jaya.

Dalam majlis tersebut, beliau turut menyerahkan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) kepada YBrs. Tuan Mohd Fauzi bin Md Yatim, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Penyerahan CCC ini merupakan pengesahan bahawa Laman Selera MPAJ@Ampang Jaya telah siap dibina, mematuhi segala aspek yang dikehendaki oleh setiap agensi dan merupakan indikator bahawa bangunan berada dalam keadaan yang teratur serta selamat untuk diduduki.

YB Timbalan Menteri KPKT turut menyerahkan surat tawaran dan kunci gerai kepada 11 orang peniaga yang dipindahkan dari Gerai Statik Jalan Kerja Ayer Lama ke Laman Selera MPAJ@Ampang Jaya. Dalam usaha memajukan laman selera baru ini, para peniaga juga diberikan pengecualian sewa selama tiga (3) bulan sebagai penghargaan atas sokongan kepada MPAJ. Mula beroperasi pada 16 Januari 2023, Laman Selera MPAJ@Ampang Jaya yang berkonsepkan reka bentuk dan senibina Brutalist Architecture ini dilengkapi dengan 17 gerai, 6 kiosk, surau, tandas awam serta kemudahan tempat letak kereta.

Dalam majlis sama, YB Timbalan Menteri KPKT seterusnya menerima Mesin Anaerobic Digester (AD) daripada Tuan Haji Ismail bin Mohktar, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp. Majlis penyerahan aset mesin AD pada hari ini melibatkan SWCorp selaku agensi yang menjalankan pelaksanaan teknologi dan MPAJ sebagai agensi yang melaksanakan pengoperasian mesin tersebut. Pengoperasian pusat perawatan sisa makanan menggunakan teknologi Anaerobic Digester (AD) merupakan salah satu usaha di bawah Inisiatif Hijau oleh KPKT bagi pelaksanaan pengurusan sisa makanan yang lebih teratur dan sistematik di kawasan medan selera.

YB Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir berkata, “Inisiatif Hijau yang diketengahkan melalui projek ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada pelaksanaan inisiatif yang serupa di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang lain di Malaysia pada masa hadapan. Ia bertujuan untuk merawat sisa makanan melalui proses penguraian sisa organik oleh bakteria tanpa kehadiran oksigen yang akan menghasilkan baja cecair dan juga biogas sebagai produk akhir.”

Inisiatif yang julung-julung kali diadakan ini merupakan hasil kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), SWCorp dan MPAJ bagi merealisasikan hasrat kerajaan seperti di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) iaitu ke arah perlaksanaan Ekonomi Kitaran.

Pusat perawatan sisa makanan AD merupakan ‘pelaksanaan rawatan di punca’ (treatment at source) yang membantu mengurangkan jumlah sisa makanan yang perlu dihantar sekaligus mengurangkan kos pengangkutan dan tipping fee sisa pepejal ke tapak pelupusan. Kebergantungan sepenuhnya kepada pelupusan sisa makanan di tapak pelupusan juga dapat dielakkan seterusnya meningkatkan lagi jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu, pengurangan gas karbon monoksida daripada lori kutipan sampah ke tapak pelupusan menjadikan AD sebagai sebuah teknologi hijau yang selari dengan hasrat MPAJ untuk mejadikan Ampang Jaya Bandar Rendah Karbon menjelang 2030.

Pengumpulan sisa makanan yang merupakan input kepada AD melibatkan sebanyak 65 gerai makanan dan minuman, 4 hotel dan 1 hospital di kawasan MPAJ. Senarai lokasi kutipan sisa makanan di kawasan MPAJ adalah seperti berikut:

  • Medan Selera MPAJ Bunga Tanjung
  • Laman Selera MPAJ @ Ampang Jaya
  • Medan Selera MPAJ Taman Dagang
  • Medan Selera MPAJ Pandan Indah
  • Medan Selera MPAJ Kompleks Muhibbah
  • Kafeteria Menara MPAJ Aras 5 dan Aras 1
  • Hospital KPJ Ampang Puteri
  • Holel Flamingo, Ampang
  • Hotel Grand Barakah, Ampang Point
  • Restoran Hadramawat, Ampang
  • Kelab Darul Ehsan, Taman Tunku Abdul Razak (TAR)
  • Premis Perniagaan Makanan sekitar Ampang Point

Sehingga Disember 2022 lalu, sebanyak 19,120 liter baja kompos berjaya dihasilkan daripada anggaran 35,000 kilogram sisa makanan yang telah dikumpul di sekitar Ampang sejak mesin AD mula beroperasi pada bulan Julai 2022 lalu.

Turut hadir YB Tuan Ng Sze Han, EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Negeri Selangor; YB Puan Rodziah binti Ismail, EXCO Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor merangkap Ahli Parlimen Ampang; YBrs. Tuan Muhammad Razman bin Abu Samah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPKT; YBhg. Dato’ Haji Noor-Ihsan bin Haji Che Mat, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan serta pegawai- pegawai kanan Kementerian, Jabatan, Agensi di bawah KPKT.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Aneka Jaringan Rekod Pendapatan Kukuh RM54.2 Juta pada Suku 2 TK2024, Tanda Satu Lagi Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Aneka Jaringan Holdings Berhad (“Aneka Jaringan” atau “Kumpulan”; Bursa:...