AMBM @ MY LNAHak Asasi @ My LNA

Pengerusi Jawatankuasa Pesuruhjaya Kanak-Kanak : Ahmad Zahid sifatkan perlantikan beliau sebagai satu tanggungjawab dan amanah besar

126
Sumber Foto : FB Rasmi TPM

Permasalahan anak-anak yang berbapakan warga asing atau beribukan warga asing akan turut ditangani oleh jawatankuasa ini dengan pelaksanaan dalam kadar segera oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN)

– Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

18 Januari 2023 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pelantikan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pesuruhjaya Kanak-Kanak untuk menganggotai SUHAKAM adalah satu tanggungjawab dan amanah yang besar memandangkan isu penderaan kanak-kanak belum dapat dituntaskan.

Menurut Ahmad Zahid dalam satu kenyataan hari ini, aa adalah cabang khas yang ‘autonomous’ di bawah SUHAKAM bagi meneliti dan mendepani banyak masalah melibatkan penderaan dan masalah-masalah sosial yang lain melibatkan kanak-kanak.

“Saya melihat perlantikan ini sebagai satu tanggungjawab dan amanah yang besar memandangkan isu penderaan kanak-kanak belum dapat dituntaskan. Malah, terdapat beberapa isu lain berkaitan kanak-kanak masih lagi berlegar dan belum mendapat pembelaan yang sewajarnya. Kanak-kanak memerlukan perlindungan dan perhatian kita.

Sehubungan itu, saya akan memperhalusi terlebih dahulu mengenai penubuhan jawatakuasa ini secepat mungkin kerana ia turut melibatkan isu-isu yang terkait dengan kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Justeru saya berharap melalui jawatankuasa ini, ia akan diberikan kuasa yang boleh bertindak sebagai badan penyelia mengenai perkara berkaitan pendidikan, hak dan jenayah terhadap kanak-kanak.” kata beliau.

Tambah beliau, permasalahan anak-anak yang berbapakan warga asing atau beribukan warga asing akan turut ditangani oleh jawatankuasa ini dengan pelaksanaan dalam kadar segera oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Ini juga merupakan satu lagi usaha di bawah Kerajaan Perpaduan yang prihatin untuk memberi pelindungan kepada kanak-kanak yang tidak sah taraf.” ujarnya.

Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Dato’ Sri Azalina Othman Said, yang telah mencadangkan sebelum ini agar satu suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menjaga hak dan kesejahteraan kanak-kanak akhirnya bakal diwujudkan melalui penggubalan satu akta yang baharu.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...