BM @ MY LNAPendidikan @ My LNA

Geran Anugerah Merdeka Untuk Penempatan Antarabangsa Edisi Ke-9 Dibuka Untuk Permohonan

88

Rakyat Malaysia Di Bawah Umur 35 Diseru Rebut Peluang 3 Bulan Di Luar Negara

KUALA LUMPUR, 14 JANUARI 2023 – Anak Malaysia yang pintar, berazam dan berbakat berumur antara 22 dan 35 tahun dijemput untuk memohon penempatan jangka pendek di mana-mana universiti, institusi dan organisasi terkemuka di peringkat global, melalui geran yang ditawarkan oleh Merdeka Award Trust.

Geran Anugerah Merdeka untuk Penempatan Antarabangsa, yang ditawarkan setiap dua tahun sekali, kini dibuka untuk permohonan sehingga 1 Mei 2023. Penerima terpilih akan dianugerahkan dengan yuran pengajian penuh, serta penginapan dan perjalanan yang ditanggung sepenuhnya sepanjang tempoh penempatan jangka pendek sehingga tiga bulan, selepas diterima oleh institusi pilihan.

Kerina Fauzi, Setiausaha Lembaga Pemegang  Amanah Merdeka Award Trust berkata, “Melalui Geran ini, rakyat Malaysia di bawah umur 35 yang cemerlang, berbakat dan menjiwai semangat Merdeka dapat merebut peluang sekali dalam seumur hidup untuk menjalin dan memupuk rangkaian professional yang kukuh dengan pakar global di bawah institusi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Apabila mereka pulang ke tanah air, harapan kami adalah agar mereka dapat berkongsi penemuan dan pengalaman masing-masing demi impak yang lebih besar, ke arah masa depan yang mampan,” katanya.

Geran ini bertujuan untuk menggalakkan kepimpinan pemikiran dan inovasi, memupuk budaya kecemerlangan dan menggalakkan sudut pandang bertaraf dunia, sekali gus meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai pemain global abad ke-21 yang dinamik dan berdaya saing dalam semua sektor utama, daripada sains dan teknologi hinggalah kepada seni.

Setakat hari ini, 24 individu daripada universiti awam dan swasta serta pelbagai organisasi telah dianugerahkan dengan Geran ini sejak ia dilancarkan pada 2012. Geran ini mencari mereka yang kini sedang mengusahakan sesuatu penyelidikan atau sedang menjalankan apa – apa projek dan ingin mendapatkan pengalaman dari pakar antarabangsa lain dalam beberapa bidang berkaitan seperti pemuliharaan alam sekitar dan biodiversiti, pendidikan dan kerja komuniti, sains kesihatan dan teknologi, seni dan budaya, seni visual dan persembahan, warisan dan kerja sosial, sukan, ekonomi dan kewangan dan banyak lagi.

“Sepanjang beberapa tahun ini, kami telah melihat peningkatan bukan sahaja dari segi kualiti permohonan, malah kami turut menerima permohonan yang lebih banyak dan pelbagai. Selain itu, calon yang terpilih telah diterima masuk ke institusi terbaik dunia dengan begitu lancar – penunjuk yang menggalakkan bahawa bakat Malaysia terus berada di kaliber yang membanggakan,” tambah Kerina lagi.

“Melalui Geran ini, kami berhasrat untuk dapat terus mewujudkan generasi rakyat Malaysia yang ingin mengecap kecemerlangan,” kata Kerina, yang menekankan bahawa penerima geran akan digalakkan untuk memupuk lebih ramai bakat cemerlang di dalam negara.

Mengenai proses pemilihan Geran Anugerah Merdeka, Kerina berkata, “Penerima yang layak adalah dipilih melalui penilaian teliti oleh Sekretariat Anugerah Merdeka dan Jawatankuasa Pengasas daripada PETRONAS dan Shell, diikuti oleh Jawatankuasa Pemilihan, diikuti keputusan muktamad oleh Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka. ” Warganegara Malaysia yang beraspirasi digalakkan untuk memohon sekarang di laman The Merdeka Award – Grant Application, berserta dokumen dan butiran sokongan sebelum tarikh tutup permohonan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...