AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPendidikan @ My LNASukan @ My LNAUTAMA

Jurulatih Bola Tampar Yang Terlibat Dalam Insiden Menampar Pemain Dihenti Daripada Aktiviti Kejurulatihan

104
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. Kredit Foto UKK KPM

PUTRAJAYA, 12 Januari 2023 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama-sama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil perhatian khusus terhadap insiden jurulatih bola tampar yang menampar dua orang pemainnya semasa Kejohanan Bola Tampar Bawah 14 Tahun di Kota Tinggi, Johor yang tular di media sosial baru-baru ini.

KBS dan KPM berpendirian senada selepas Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) membatalkan lesen jurulatih itu melalui Jawatankuasa Perundangan dan Disiplinnya. Justeru sebagai langkah awal, jurulatih sukan tersebut yang juga merupakan seorang guru tidak lagi dibenarkan menjadi jurulatih sukan tersebut termasuk menjadi jurulatih untuk murid sekolah.

Jurulatih itu telah ditarik balik Sijil Kejurulatihan Bola Tampar Tahap 1 (Sukan Spesifik) oleh MAVA, bahkan belum pernah membuat permohonan lesen kejurulatihan Skim Perlesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK) sebagai pengiktirafan Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK), seperti yang dipersetujui bersama antara Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) Institut Sukan Negara dengan persatuan-persatuan sukan kebangsaan.

Sebagai respon kepada pembatalan kelayakan kejurulatihan itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menegaskan bahawa kedua-dua kementerian itu tidak akan sesekali berkompromi khususnya dalam usaha memastikan keselamatan dan kesejahteraan atlet-atlet khususnya yang melibatkan mereka di peringkat umur muda yang mana sudah tentu mampu memudaratkan pembangunan bakat masa depan negara. Apatah lagi insiden yang melibatkan murid-murid sekolah.

Hannah berkata Majlis Sukan Negara dan MAVA, kedua-duanya telah memuktamadkan siasatan mereka, yang mana secara sebulat suara memutuskan bahawa jurulatih bola tampar itu sepatutnya hilang kelayakannya daripada menjadi seorang jurulatih.

Insiden itu telah membuka mata bahawa terdapat keperluan untuk mewajibkan semua jurulatih kepada murid sekolah, untuk menjadi sebahagian daripada SLKK dan SPKK. Justeru KPM akan bekerjasama rapat dengan Institut Sukan Negara bagi melengkapkan jurulatih kepada pelajar sekolah dengan pensijilan yang diperlukan. Ini adalah penting untuk menyediakan persekitaran yang sihat dan selamat, saling hormat-menghormati serta bebas daripada sebarang bentuk gangguan dan penderaan.

KBS sendiri telah mengarahkan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan, Institut Sukan Negara memastikan perlaksanaan peraturan yang mewajibkan setiap jurulatih memperbaharui lesen kejurulatihan yang diperolehi oleh mereka sebagai pengiktirafan SPKK setiap dua tahun sekali, diperketatkan lagi bagi memastikan jurulatih-jurulatih sukan negara sentiasa dipantau perkembangan dan keaktifan karier kejurulatihan mereka itu. Penguatkuasaan peraturan tersebut juga membolehkan pihak AKK dan pemegang taruh yang lain mengemas kini data selain turut dapat membantu jurulatih-jurulatih meningkatkan lagi kemahiran mereka melalui “upskilling dan reskilling” dengan pendekatan kejurulatihan dan teknologi terkini.

Dalam pada itu, siasatan oleh KPM berkaitan insiden tersebut telah pun selesai dijalankan. Siasatan telah dibuat secara menyeluruh melibatkan semua pihak yang berkaitan, termasuk jurulatih, murid, rakan sepasukan, guru, pengurus pasukan, saksi kejadian serta ibu bapa pemain yang terlibat. KPM juga telah meneliti secara terperinci hasil laporan siasatan tersebut daripada pelbagai sudut, khususnya yang melibatkan etika serta imej profesion perguruan. Guru yang juga merupakan penjawat awam adalah tertakluk kepada Peraturan 4(2)(d), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

KPM amat prihatin serta cakna akan aspek keselamatan dan kebajikan murid semasa di sekolah mahu pun ketika mengikuti aktiviti kokurikulum di luar. KPM sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan murid menjadi keutamaan. Oleh itu, semua pihak yang terlibat perlu mengambil berat dan memberi perhatian untuk mengelak atau mengawal daripada berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

Selaras Peraturan 4(2)(d), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Jabatan Pendidikan Negeri boleh mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mana-mana individu yang didapati melakukan tindakan tidak wajar, melanggar peraturan atau melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan pertikaian oleh masyarakat melalui aspek keselamatan yang diterapkan oleh warga guru terhadap murid.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Aneka Jaringan Rekod Pendapatan Kukuh RM54.2 Juta pada Suku 2 TK2024, Tanda Satu Lagi Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Aneka Jaringan Holdings Berhad (“Aneka Jaringan” atau “Kumpulan”; Bursa:...