AMBM @ MY LNAUTAMA

Ketidakstabilan perkhidmatan aerotrain adalah masalah besar di KLIA

108
Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengadakan lawatan ke KLIA pagi tadi. Sumber foto FB Malaysia Airports

SEPANG, 7 JANUARI 2023 – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan bahawa beliau telah mengadakan lawatan kerja ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk memahami keadaan operasi di lapangan.

Dalan satu hantaran di Facebook rasminya, Anthony berkata masalah yang paling besar ketika ini ialah ketidakstabilan perkhidmatan aerotrain yang menghubungkan bangunan terminal utama dengan bangunan satelit.

Jelasnya, pada ketika ini, hanya satu set aerotrain yang beroperasi kerana set yang kedua menghadapi masalah teknikal.

“Pihak pengurusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memang telah memutuskan projek untuk menaiktaraf sistem dan membeli set aerotrain yang baru namun projek itu hanya akan siap dan beroperasi dalam tempoh 24 bulan.” ujar Anthony.

Tambah beliau, dalam tempoh peralihan sistem itu, beberapa langkah mitigasi sedang dan akan dilaksanakan seperti berikut :

1) Bas shuttle di antara Terminal utama dan satelit akan beroperasi sepanjang masa untuk mengurangkan kebergantungan kepada aerotrain. Masa perjalanan di antara 2 bangunan ialah 4 minit.

2) Lebih banyak bas panjang akan ditambah dalam operasi menjelang bulan Mac untuk keselesaan dan mengurangkan kesesakan penumpang.

3) Lebih banyak pesawat wide-body seperti A350 yang melibatkan penerbangan antarabangsa akan dibenarkan parkir di Terminal Utama tertakluk kepada kekosongan bay. Semua penerbangan domestik beroperasi dari Terminal Utama. Ini dapat mengurangkan penggunaan aerotrain kerana penumpang boleh terus berjalan ke kaunter imigresen dan tempat mengambil bagasi yang terletak di bangunan sama.Hanya penumpang transit yang perlu mengambil aerotrain atau bas ke terminal satelit.

4) Semua staf MAHB dan pekerja di retail shop di terminal satelit hanya boleh menggunakan shuttle bas dan tidak dibenarkan mengguna aerotrain kecuali Cabin Crew dan Pilot.

5) Lebih ramai kakitangan akan ditempatkan di check point untuk menguruskan pergerakan penumpang dan membantu penumpang yang memerlukan bantuan.

“Saya yakin dengan komitmen pihak pengurusan MAHB untuk terus memperbaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan di KLIA dan lapangan terbang yang lain.

Saya tak menafikan kita menghadapi masalah operasi di KLIA khususnya aerotrain namun semua pihak yang bertanggungjawab mesti berani menghadapi dan menguruskan masalah tersebut!” ujar Anthony.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...