KOTA KINABALU, 30 DISEMBER 2022 – Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Chan Foong Hin telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi seterusnya menyempurnakan Program Jiwa Murni bersama Nelayan di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah hari ini.
Menurut Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam satu kenyataan hari ini, Chan telah menyerahkan ‘Mock Cheque’ bernilai RM100,000.00 kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kota Kinabalu sebagai bantuan pembinaan Jeti Kampung Lobong separa konkrit untuk manfaat lebih 350 orang penduduk Kampung Lobong.
“Dalam lawatan kerja yang sama juga, Chan turut menyerahkan bantuan sebanyak RM10,000.00 menggunakan peruntukan Tabung Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan serta bakul makanan kepada 6 orang nelayan Pulau Gaya yang terjejas akibat kejadian ribut baru-baru ini.
MAFS dan LKIM sentiasa berusaha dan komited untuk membantu meringankan beban yang ditanggung golongan sasar nelayan seterusnya nelayan terjaga memastikan kebajikan dan keselamatan selain memastikan sekuriti makanan sentiasa terjamin dalam apa jua keadaan” kata LKIM.
Turut hadir di program tersebut adalah Pengarah Pembangunan Masyarakat & Pertubuhan Nelayan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), En. Hamdan Mamat, Pengarah LKIM Negeri Sabah, En. Mohd Jamil Abdullah serta pegawai dan kakitangan LKIM.
- Mactores Cognition Inc. Achieves AWS Generative AI Competency
- 2024 Beijing Forum on Swift Response to Public Complaints opens
- The New Way Restaurants Are Becoming Successful: Orange County Entrepreneur Introduces The 30% Rule
- LGI Homes Opens Raleigh-Area Community with New Plan Lineup
- Vietnam boosts eel exports by improving quality standards
Leave a comment