KOTA KINABALU, 29 DISEMBER 2022 – Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) YB Chan Foong Hin mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Timbalan Ketua Menteri ll Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Seri Panglima Dr.Jeffrey Kitingan, di pejabat beliau di Wisma Pertanian hari ini.
Pertemuan ini membincangkan potensi terpendam Sabah sebagai penyumbang besar bagi memastikan bekalan makanan negara terus terjamin dan peranan yang dapat dimainkan MAFS bagi membantu Kerajaan Sabah memenuhi potensi tersebut.
Chan berkata, “Sabah adalah bumi bertuah yang dikurniakan tanah yang luas dan subur, selain kawasan perairan yang luas, menjadikan wilayah ini sebagai salah satu penggerak penting dalam menampung bekalan dalam negara. Penggunaan teknologi terkini, termasuk kaedah-kaedah pertanian moden akan menjadi tumpuan dalam jangka masa sederhana bagi meningkatkan produktiviti masyarakat tani.”
Beliau turut berharap Kementerian Pertanian dan Perikanan serta Jabatan dan Agensi berkaitan pertanian di Sabah bakal bergerak seiringan dengan MAFS bagi menjayakan aspirasi ini.
Kunjungan hormat ini turut disertai oleh Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sabah, Puan Hadriyani Ahmad, Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan dan Agensi MAFS.
- The allure of Da Nang and Phu Quoc – top destinations for Indian tourists
- 1win Brings Christmas Comfort to Cancer Patients in Ghana
- From Farm to Screen: Shopee’s Kempen Tani Cultivates Online Success for Agropreneurs
- UM launches Green@UMHealth, Malaysia’s first sustainable academic health centre
- More uncertainties expected in COP29, positioning Malaysia
Leave a comment