AMBM @ MY LNAParlimen @ My LNAPolitik @ My LNA

PM terima Memorandum Transformasi Parlimen

88
Kredit Foto : Parlimen Malaysia

KUALA LUMPUR, 29 DISEMBER 2022 – Memorandum Transformasi Parlimen telah disampaikan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dato’ Johari bin Abdul kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada petang semalam.

Ia adalah sebagai susulan komitmen yang telah dibuat antara Kerajaan dengan Pembangkang Februari lalu.

Perdana Menteri menyambut baik usaha tersebut dan memaklumkan kepada kedua-dua Speaker bahawa penelitian khusus akan dilakukan termasuk pandangan objektif Jemaah Menteri dan pihak-pihak berwajib yang lain.

Jawatankuasa Transformasi Parlimen itu yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dr. Rais semenjak setahun lalu telah menyelesaikan kerja-kerja semakan perundangan ke arah menjadikan Parlimen bebas daripada kepentingan dan kuasa mana-mana pihak termasuk pihak Eksekutif.

Memorandum itu juga mengesyorkan supaya Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 diperbaharui dan dilunaskan dengan segera supaya konsep “Asingan Kuasa” benar-benar dilaksanakan dan bersekali menjaga kepentingan penjawat awam yang berkhidmat di bawah Parlimen kini.

Selain itu, penyampaian memorandum tersebut turut menyentuh beberapa pindaan kepada Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 untuk mengendalikan isu-isu berkaitan kelakuan, kanun etika dan tata disiplin para ahli Parlimen di kedua-dua Dewan.

Kedua-dua Speaker Parlimen dan Perdana Menteri juga turut membincangkan tentang potensi menjadikan “rasa juang negara” dalam kalangan peserta Parlimen Belia melalui sebaran dan serapan nilai-nilai RUKUNEGARA yang kini didapati tiada promosi dalam kalangan masyarakat.

Tan Sri Dr. Rais memaklumkan juga bahawa Perdana Menteri akan menemui pimpinan Dewan Negara dalam tempoh terdekat bagi melunaskan beberapa hal dan isu berkaitan Senat sebagai Dewan Tertinggi Negara.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNACSR @ BM My LNA

Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan MenerusiInisiatif CSR Sesama Mara

KUALA LUMPUR – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAKomunikasi Digital @ My LNAUTAMA

MCMC gesa hentikan hantaran provokasi

CYBERJAYA, 29 Mac 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak...

AMBM @ MY LNACuaca @ My LNAUTAMA

NADMA laksanakan Operasi Pembenihan Awan di Sabah

SABAH, 28 Mac 2024 – Semalam Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Ramadan dan limpahan barakahnya

Oleh: Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Kedatangan bulan Ramadan sangat ditunggu-tunggu oleh...