SELANGOR. 16 Disember 2022 – Berhubung dengan insiden tanah runtuh yang terjadi di Father’s Organic Farm, sebuah tapak perkemahan yang bertempat di Kampung Kuantan, Batang Kali, Daerah Hulu Selangor pagi tadi, Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan bahawa sehingga jam 12:00 tengah hari ini, didapati bahawa 94 orang mangsa berada di kawasan tersebut dan 60 orang yang melibatkan 46 pengunjung serta 14 pekerja telah berjaya diselamatkan.
“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga 12 mangsa yang telah meninggal dunia akibat tragedi ini; 3 kanak-kanak, 7 wanita, dan 2 lelaki.
22 mangsa belum dikesan dan operasi mencari dan menyelamat sedang giat diteruskan yang melibatkan 446 anggota yang diketuai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor serta dibantu dari segi peralatan dan anggota daripada semua agensi kerajaan.
Agensi kerajaan telah turun ke lokasi kejadian pagi tadi bagi mengkoordinasikan segala bantuan yang diperlukan dari pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui penyelarasan Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor dengan agensi-agensi berkaitan agar mangsa yang belum dikesan dapat dicari sesegera mungkin.” kata Amirudin.
Amirudin turun berkata bahawa beliau akan turun ke lokasi kejadian malam ini bersama Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
“Mohon doa daripada seluruh rakyat agar pasukan mencari dan menyelamat dilindungi Allah SWT supaya setiap mangsa yang belum dikesan dapat diselamatkan.” ujarnya.
- Spackman Media Group Artist Son Suk-Ku Ranks #1 In The 2023 MALE ACTORS TO WATCH Survey In Korea
- LOHAS EXPO x Natural, Organic, Green Life Expo 2023
- Metamorphosis By De Beers: Prelude
- RGE closes inaugural US$550 million Sustainability-Linked Derivative with MUFG
- The British Ambassador welcomes the launch of Malvern College Tokyo at British Embassy.
Leave a comment