16 Disember 2022 – Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi memaklumkan bahawa kejadian tanah runtuh di laluan B66 Jalan Batang Kali – Genting Hulu Selangor yang berlaku sekitar jam 2.42 pagi hari ini melibatkan runtuhan sepanjang hampir 300 meter dan anggaran setinggi 70 meter.
Katanya dalam satu kenyataan hari ini, hasil tinjauan dan pemeriksaan visual mendapati kawasan runtuhan tersebut melibatkan sebahagian dari jalan negeri B66 di bawah seliaan JKR Selangor iaitu sepanjang 5meter, berdasarkan pemeriksaan didapati tiada rekahan terbuka pada permukaan pavement jalan.
“Jalan B66 kini telah ditutup atas arahan pihak Ibu Pejabat Polis Hulu Selangor untuk keselamatan pengguna jalanraya. Orang awam boleh menggunakan laluan seperti lakaran infografik di lampiran sebagai laluan alternatif buat masa ini.
JKR dan pelbagai agensi sedang giat melaksanakan misi mencari dan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa di tempat kejadian. Pasukan Forensik Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR Malaysia telah berada di lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut.
Kerja-kerja penambahbaikan akan dilaksanakan berdasarkan agihan peruntukan yang diterima. Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya akan sentiasa prihatin keselamatan dan keselesaan pengguna jalanraya.” katanya.
Terdahulu dalam satu kenyataan yang berasingan , Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan agar misi mencari dan menyelamat dijalankan secara rapi dan sistematik oleh semua jabatan kerajaan.
“Saya juga dimaklumkan Menteri-Menteri terlibat akan turun ke lokasi pada pagi ini. Namun, saya menasihatkan mereka agar tidak mengganggu kerja-kerja mencari dan menyelamat.
Mohon doa rakyat Malaysia agar misi ini dapat dipermudahkan dan saya sendiri akan turun ke lokasi malam ini.” kata Anwar.
Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...
Byhebahan amAugust 10, 2024PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...
Byhebahan amAugust 10, 2024Pemenang Sulung Diraikan di Majlis di New York pada 16 September FAIRFAX,...
ByE NEWSAugust 8, 2024Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...
ByE NEWSAugust 6, 2024
Leave a comment