AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNA

Anwar akan pastikan reformasi struktur ekonomi dijelmakan

150
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika lawatan kerja di Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur, 15 Disember 2022. - AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 15 Disember 2022 – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan lawatan ke Bank Negara Malaysia (BNM) semalam untuk mendengar taklimat mengenai prospek, tantangan serta tumpuan dasar ekonomi negara saat ini.

Beliau turut diiringi oleh kedua-dua Timbalan Menteri Kewangan iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kewangan.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika lawatan kerja di Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur, 15 Disember 2022. – AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri.

“Saya dimaklumkan mengenai keadaan ekonomi negara yang kembali mengukuh pasca COVID-19.

Namun, kerajaan mesti memikirkan cabaran semasa kepada ekonomi negara dengan mengambilkira risiko-risiko seperti pertumbuhan global yang lembab, konflik dan masalah geopolitik di peringkat antarabangsa yang terus memburuk serta gangguan kepada rantaian bekalan makanan.

Kerajaan akan bertindak segera dengan pendekatan jangka pendek dan jangka panjang bagi mendepani permasalahan ini.” kata Anwar dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau.

Tambah beliau, usaha dan upayanya adalah memastikan reformasi struktur ekonomi dijelmakan dengan teratur bagi merancakkan pertumbuhan serta memperkukuh asas-asas ekonomi negara.

“Menarik pelaburan yang berkualiti, peralihan kepada ekonomi rendah karbon, mempertingkat perlindungan sosial, memantapkan daya tahan fiskal menjadi antara pendekatan dan langkah yang diambil.

InshaAllah, langkah-langkah ini dilaksanakan dengan dukungan BNM dan semua jabatan yang berkaitan.” ujar Anwar.

 

Lagi Berita Am :

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...