AMPengguna @ My LNA

Harga runcit petrol RON97 turun 20 sen seliter, RON95 dan Diesel kekal

87

15 Disember 2022 – Kementerian Kewangan mengumumkan bahawa berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh  15 Disember 2022 hingga 21 Disember 2022 adalah ditetapkan seperti berikut:

i. harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 20 sen seliter daripada RM3.75 kepada RM3.55 seliter;

ii. harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; dan

iii. harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.

Jelas Kementerian, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran.

Tambah Kementerian, Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles