AMBM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNA

Serangan siber ke atas sistem pelayan AirAsia berlaku pada 12 November 2022 – Fahmi

161
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil. Jurufoto : Azuddin

PUTRAJAYA 10 Disember 2022 – Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil menegaskan bahawa Kementerian Komunikasi dan Digital yang diterajuinya mengambil serius dakwaan berhubung insiden ketirisan data peribadi lima juta penumpang dan kakitangan AirAsia akibat digodam oleh kumpulan penggodam yang dikenali sebagai Daixin.

Menurut Fahmi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Pasukan Penyiasatan Kementerian Komunikasi dan Digital yang terdiri daripada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan CyberSecurity Malaysia (CSM) telah memulakan siasatan dengan mengadakan perbincangan dengan pengurusan Capital A yang merupakan syarikat induk kepada AirAsia pada 1 Disember 2022.

“Siasatan awal mendapati serangan siber ke atas sistem pelayan AirAsia telah berlaku pada 12 November 2022 yang berpunca dari akses tanpa kebenaran mengakibatkan serangan perisian tebusan (ransomware), berpotensi menyebabkan kebocoran data.

Susulan daripada perbincangan tersebut, Capital A telah diarahkan untuk mengemukakan dokumen keterangan berserta bukti data berkomputer yang berkaitan dengan siasatan kes ini.

Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca pencerobohan dan impak keseluruhan insiden yang berlaku. Bagaimanapun perincian berhubung kes tidak dapat didedahkan kepada umum buat masa ini sementara siasatan masih dijalankan bagi mengelakkan implikasi perundangan serta mengganggu siasatan.” jelas Fahmi.

Sehubungan itu, Fahmi menggesa agar semua Pengguna Data sentiasa memantau dan mempertingkatkan aspek keselamatan siber dari semasa ke semasa dengan memastikan infrastruktur sistem, pangkalan data serta rangkaian dikemas kini dan selamat.

“Selain daripada itu, Pengguna Data hendaklah menggariskan polisi keselamatan siber dan memastikan polisi tersebut dipatuhi sebagai langkah bagi mengelakkan pencerobohan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.” ujarnya.

Lagi Berita Komunikasi :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNAUTAMA

Gempa bumi kuat di Taiwan

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 6.4telah berlaku di Taiwan pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNAUTAMA

Shopee Mengukuhkan Keyakinan Pembeli dengan Program Jaminan Tepat Waktu

KUALA LUMPUR, 22 April 2024 – Kajian pasaran ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan...