KUALA LUMPUR, 8 Disember 2022 – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berharap stesen penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan terus komited untuk memainkan peranan sebagai agensi penyiar dengan informasi dan hiburan terkini melalui pelbagai platform TV, radio dan media digital kepada rakyat Malaysia bagi menjadikan Kerajaan Perpaduan ini lebih baik.
“Salah satu inisiatif bagi meningkatkan kualiti potensi penyiaran ialah IPPTAR merupakan satu kolaborasi strategik dengan pelbagai pihak. Saya yakin IPPTAR dapat mempertingkatkan potensi modal insan seiring dengan perkembangan teknologi penyiaran yang terkini.
Terima kasih atas kesempatan lawatan ini dan saya harap semua pihak memainkan peranan yang lebih baik serta jelas agar memastikan Kerajaan Perpaduan ini dapat dicapai bersama-sama.” kata beliau dalam satu hantaran di Facebook rasminya semalam.
Semalam beliau mengadakan lawatan ke RTM bagi bersama-sama dengan warga RTM dan menyampaikan beberapa taklimat kepada semua jabatan untuk mencipta pelbagai kandungan dan penuhi keperluan semasa bersama-sama.
Lawatan itu juga turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Dato’ Sri Haji Mohammad bin Mentek dan Ketua Pengarah Penyiaran, Dato’ Haji Che Roslan bin Che Daud serta Ketua Bahagian Akademik IPPTAR, Encik Kumaran a/l Subramaniam serta pihak pengurusan RTM dan IPPTAR.
PUTRAJAYA 8 Februari 2023 – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) memaklumkan bahawa...
By Azmi SallehFebruary 8, 2023PUTRAJAYA 7 Februari 2023 – Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim memaklumkan...
By hebahan amFebruary 8, 20238 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...
By hebahan amFebruary 8, 2023GEORGETOWN, 6 Februari 2023 – YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri...
By E NEWSFebruary 7, 2023
Leave a comment