KUALA LUMPUR, 7 Disember 2022 – “Dalam tahun 2021 sebanyak 43 projek pembuatan dari negara China yang bernilai $3.98 bilion dolar AS telah diluluskan dan telah menjana hampir 14,000 pekerjaan untuk rakyat Malaysia”.
Demikian jelas Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim sewaktu berucap merasmikan Sidang Kemuncak Global Ekonomi dan Teknologi China (GCET) 2022 di sebuah hotel terkemuka dekat sini hari ini.
Tan Sri Rais mengingatkan kembali hubungan rapat yang telah lama terjalin dengan negara China. Menurut beliau, “Malaysia merupakan negara pertama di ASEAN yang menjalin hubungan diplomatik dengan China pada tahun 1974 dan hubungan tersebut berjalan dengan lancar selama 48 tahun dalam bidang perdagangan, budaya, pendidikan, keselamatan dan hubungan rakyat dengan rakyat.”.
Tan Sri Rais juga menjelaskan bahawa Malaysia dan China telah berada dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang merupakan blok perdagangan terbesar di dunia dan menyumbang 30% daripada populasi dan ekonomi dunia. Dalam kalangan negara ASEAN, Malaysia dijangka menjadi penerima terbesar daripada RCEP dari segi keuntungan eksport dengan anggaran peningkatan lebih $200 juta dolar AS.
“Banyak pelaburan negara China dalam pembangunan infrastruktur di Malaysia seperti Bandar Malaysia, Malaysia-Taman Perindustrian Kuantan China (MCKIP), Projek Pembesaran Pelabuhan Kuantan, Projek The Forest City dan Projek Penjejakan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru serta Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang sedang berjalan pada tahap 30% pada Mei tahun ini dan berada ia berada pada landasan untuk mencapai 37% menjelang akhir tahun ini”, ujar Tan Sri Rais.
Dari segi hubungan dua hala, menurut beliau hubungan rakyat kedua-dua negara semakin kukuh sama ada dari aspek kebudayaan dan etnik. Sebagai contoh wujudnya bandar berkembar seperti Majlis Bandaraya Pulau Pinang dengan Xiamen. Justeru hasil daripada tinjauan Pusat Penyelidikan Pew pada Jun tahun ini mendapati 6 daripada 10 atau lebih rakyat Malaysia mempunyai pendapat yang baik terhadap China manakala 8 daripada 10 mengatakan hubungan antara kedua-dua negara adalah positif.
Turut hadir pada majlis tersebut Pengasas dan Penaung Sidang Kemuncak Global Ekonomi & Teknologi China (GCET), Tan Sri Lee Kim Yew, Pengerusi Institut Strategik KSI Asia Pasifik, Tan Sri Majid Khan, Setiausaha Parti dan Pengerusi Returned Overseas Chinese Federation Shandong Province TYT Li Xing Yu dan Duta Besar China ke Malaysia TYT Ouyang Yujing.
Tan Sri Rais mengharapkan agar sidang kemuncak pada kali ini akan mendapat lebih banyak maklumat berkenaan kemampanan ekonomi dua hala, Laluan Sutera Digital, integrasi ekonomi, inovasi dan diaspora Global China
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment