AMBelia & My LNABM @ MY LNA

Airasia Academy Rai Graduan Tamat Pengajian 2022

143
Kredit Foto : Air Asia Academy

SEPANG, 6 Disember 2022 airasia academy memberikan penghormatan kepada para graduan yang berjaya menamatkan pengajian pada 2022 dan meraikan kejayaan mereka dalam menempuhi pelbagai cabaran memahirkan diri mereka bagi meningkatkan daya saing dalam pasaran kerja yang berpaksikan teknologi dengan kemahiran selari dengan keperluan ekonomi digital.

Kumpulan 204 graduan cemerlang tersebut yang baru-baru ini menamatkan kursus mereka dalam bidang Kejuruteraan Pengisian, Analisis Data, Infrastruktur Cloud, Pemasaran Digital, Keselamatan Siber dan Kemahiran Insaniah menerima sijil mereka pada Majlis Graduasi airasia academy di AirAsia RedQ. Mereka terdiri daripada wanita dari golongan B40 yang mewakili program #RatuTech tajaan Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI), Airbus dan Carsome, peserta program tajaan penuh Yayasan Peneraju melibatkan golongan kurang bernasib baik dan kurang upaya (OKU) serta tenaga kerja AirAsia yang lebih dikenali sebagai Allstars.

Presiden (Pelaburan & Usahaniaga) Capital A dan Ketua Pegawai Eksekutif airasia academy, Aireen Omar berkata: “Berbekalkan  usaha, tekad dan keazaman, setiap graduan telah berjaya mempertingkatkan mahupun memperbaharui semula kemahiran mereka untuk menyertai kelompok sumber tenaga teknologi yang mendapat permintaan tinggi untuk Revolusi Industri Keempat (IR4.0).  Kursus-kursus teknologi seperti Pemasaran Digital, Kejuruteraan Pengisian, Infrastruktur Cloud, Keselamatan Siber atau Analisis Data bukanlah mudah terutamanya bagi mereka yang tiada latar belakang dalam bidang teknologi. Namun mereka berjaya melengkapkan pengajian dan lebih dari 80% mendapat peluang pekerjaan. Saya amat berbangga dan terharu dengan pencapaian mereka.”

Antara yang diraikan termasuk pelajar terbaik, Siti Nur Kaiyisah Roslan dari program #RatuTech, Sabiha Ishak dan Maizan Nordin mewakili penerima tajaan Yayasan Peneraju dan Allstar, Lee Xin Ying yang dipilih oleh tenaga pengajar airasia academy berdasarkan tahap pencapaian mereka. Turut diberi penghormatan adalah Chua Song An, seorang OKU yang dipacu semangat untuk belajar sehingga diberi biasiswa istimewa dalam Kejuruteraan Pengisian oleh airasia academy.

Pengarah Strategi & Inovasi airasia academy, Dr Ram Gopal Raj berkata: “Setakat ini, kami mempunyai lebih 8,700 pelajar dan memahirkan semula lebih 1,200 graduan di bawah bimbingan pelatih airasia academy. Ijazah universiti bukan lagi satu keperluan, terdapat alternatif yang lebih pantas, berpatutan dan efisien untuk mencapai kejayaan dalam bidang teknologi. airasia academy menawarkan penyelesaiannya. Kami berjaya melatih dan menempatkan pelajar yang sebelum ini sukar mendapat pekerjaan dengan ijazah sedia ada menggunakan platform canggih yang boleh diakses oleh semua. Kami mengalu-alukan masyarakat umum untuk melihat dan menggunapakai inovasi pembelajaran terkini dibawakan kepada anda menerusi airasiaacademy.com.”

Sejak ditubuhkan pada Oktober 2020, airasia academy telah membangunkan ekosistem pembelajaran yang kohesif bagi melahirkan sumber tenaga dalam bidang teknologi tanpa mengira latar belakang mereka. Di awal penubuhannya, airasia academy memberi tumpuan terhadap memahirkan semula Allstars sebagai bakat pemangkin untuk mempercepatkan pertumbuhan perniagaan-perniagaan digital AirAsia. Ekoran itu, airasia academy berkembang sebagai sebuah platform teknologi pendidikan canggih yang menawarkan pelbagai pendidikan alternatif dengan sokongan padu institusi pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa, agensi kerajaan dan entiti korporat. 

Antara rakan usahasama yang membantu memacu kemahiran digital di kalangan pelajar dan melatih golongan profesional bagi menyumbang kepada pertubuhan pesat ekonomi digital negara dan sumber tenaga teknologi IR4.0 termasuk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Yayasan Chow Kit, MyDIGITAL Corporation, Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC), Centre of Technical Excellence Sarawak (CENTEXS), Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC), Kementerian Sains Teknologi Inovasi Sabah (KSTI), Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI), Carsome, Airbus dan Yayasan Peneraju.

Untuk maklumat lanjut tentang inovasi terkini airasia academy, layari www.airasiaacademy.com.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...