BM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNA

ABIM RAKAM UCAPAN TAHNIAH BUAT MENTERI PENDIDIKAN BAHARU, PERINCI ASPIRASI PENDIDIKAN UNTUK MASA DEPAN

243

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan tahniah buat YB Puan Fadhlina Siddiq atas taklifan sebagai Menteri Pendidikan kepada kerajaan Perpaduan seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim.

ABIM meyakini kewibawaan dan pengalaman yang dimiliki menjadi tonggak untuk beliau memimpin kementerian pendidikan ke arah kecemerlangan.

Dalam memenuhi misi tersebut, ABIM ingin perinci lima perkara pokok isu pendidikan yang harus dititikberatkan.

Pertama, isu keciciran pembelajaran yang harus diangkat sebagai isu utama. Justeru ia memerlukan pengukuhan 3M pada peringkat tahap 1.

Kedua Dasar Pendidikan Digital perlu disegerakan bagi mempercepat adaptasi pendigitalan dalam ekosistem pendidikan.

Ketiga sekolah daif yang merupakan isu berpanjangan dan perlu penyelesaian kreatif dan drastik bagi kesaksamaan pendidikan.

Keempat hala tuju pendidikan perlu dijajarkan semula bagi memaknakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Dasar Pendidikan Negara yang dilihat semakin dilupakan akibat pembelajaran berorientasikan peperikasaan masih menebal dalam masyarakat.

Kelima Pendidikan negara harus menjurus ke arah pembinaan watak dan kemahiran berasaskan kepada hikmah dan penerapan nilai-nilai yang selari dengan pendidikan Islam yang sifatnya universal.

Untuk merungkai persoalan mengenai dinamika pendidikan Islam di negara ini, ABIM ingin merujuk kepada pandangan almarhum Dato Prof Siddiq Fadzil, Tokoh Maal Hijrah 1440H peringkat kebangsaan, yang mencadangkan agar Pendidikan Islam di Malaysia dikaji semula agar dilihat sesuai dengan pengamalan Islam dalam kerangka masyarakat Malaysia yang bersifat realiti kemajmukan dengan kepelbagaian kaum dan agama, seperti penyepaduan Fiqh Muwatanah, Fiqh Taayush, menambah interaksi dengan masyarakat pelbagai kaum dan agama, dan sepertinya. Asas kajian semula kurikulum dan dasar pendidikan secara keseluruhan perlu melihat kepentingan pendidikan dalam membentuk watak bangsa Malaysia.

Justeru, sejajar dengan aspirasi YAB Perdana Menteri untuk membawa agenda perubahan ke arah yang lebih baik, ABIM berbesar hati untuk menjadi pemegang taruh aktif dalam menjadi rakan kongsi pembinaan dasar pendidikan negara.

Muhammad Faisal Abdul Aziz Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...