AMBM @ MY LNA

Video tular perhimpunan 8 Disember adalah video lama

130

3 Disember 2022 – Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Bin Haji Abdullah Sani memaklumkan bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan sebaran sebuah video berdurasi 2 minit 20 saat di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki memberikan ucapan berbaur perkauman di sebuah premis tertutup.

Dalam ucapannya, lelaki berkenaan menyatakan sebuah perhimpunan akan diadakan pada “8 Disember”.

“Semakan mendapati video berkenaan adalah video yang dirakam pada tahun 2018 semasa isuInternational Convention On The Elimination Of All Forms Of Racial Discrimination (ICERD) sedang diperkatakan. perhimpunan yang dimaksudkan adalah perhimpunan anti-icerd yang berlangsung pada 8 Disember 2018 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Video tersebut telah ditularkan kembali oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan membangkitkan kegusaran awam dan kekeliruan, seolah-olah terdapat perhimpunan yang akan dianjurkan pada 8 Disember 2022.” jelas Acryl Sani dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, sehingga kini, tiada sebarang maklumat mengenai perhimpunan yang akan diadakan oleh mana-mana pihak pada tarikh 8 Disember 2022 seperti yang cuba digambarkan.

“Tindakan tegas akan diambil jika mana-mana pihak dikesan mengadakan sebarang perhimpunan / perarakan di tempat terbuka yang boleh mengancam ketenteraman awam.” kata Acryl Sani.

Lagi Berita AM :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...