BM @ MY LNAFesyen @ My LNAGaya Hidup @ My LNANiaga @ My LNA

KSU KUSKOP Meraikan Pembukaan Kedai Flagship Lewré Bespoke & Menyasarkan Untuk Membuka 100 Kedai Disekitar Asia Menjelang Tahun 2025

679

KUALA LUMPUR, 1 DISEMBER – YBhg. Dato’ Suriani Binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) telah merasmikan pelancaran kedai flagship pertama Lewré Bespoke – sebuah galeri seluas 3,600 kaki persegi yang disediakan untuk pengguna dengan kemudahan yang tinggi, mewah dan akan memberikan pengalaman membeli belah yang lain daripada yang lain.

Lewré yang telah lama ditubuhkan dan dikenali sebagai satu jenama yang berjaya, dengan produk yang dijual di kebanyakan pusat membeli-belah dan gedung serbaneka utama di seluruh Malaysia. Memandangkan Lewré menyasarkan pada pasaran besar-besaran, Lewré Bespoke pula merupakan nama di bawah Lewré yang memberi tumpuan khas kepada pasaran mewah, yang disasarkan untuk pengguna yang menghargai penyesuaian dan eksklusiviti; sejajar dengan slogan kedai utama mereka, ‘It’s very personal‘. Dilengkapi dengan pengimbas berteknologi tinggi dan teknologi AI, Lewré Bespoke Galleria mampu mendapatkan ukuran yang tepat untuk setiap pelanggan bagi menghasilkan sepasang kasut yang sempurna, buatan tangan untuk memenuhi setiap keinginan pelanggan.

Pelancaran kedai flagshipini selari dengan ulang tahun ke-25 jenama itu. Jenama ini mempunyai matlamat yang menyasarkan untuk menubuhkan lebih 100 kedai di seluruh Asia menjelang tahun 2025, sebagai usaha untuk memulihkan ekonomi negara dan bertindak sebagai pemangkin dalam mempromosikan sektor runcit Malaysia; yang merupakan komponen penting yang menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara. Menubuhkan 100 kedai di seluruh negara dan rantau ASEAN bukan sahaja akan mempamerkan kecemerlangan jenama Malaysia tetapi juga akan membantu dalam memacu industri fesyen Malaysia ke hadapan; dan mewujudkan permintaan untuk usahawan Malaysia di seluruh dunia.

Selain itu, pelan ini selaras dengan visi Lewré untuk menjadi syarikat pengeluaran kasut bertaraf dunia yang mampu bersaing di antara jenama kelas tinggi pada skala antarabangsa dan menyumbang kepada agenda Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dalam bidang keusahawanan.

Dato Lewré Lew, Pengasas Lewré Bespoke berkongsi, “Kami membina Lewré Bespoke untuk mempamerkan bahagian runcit yang mewah. Kami mahu pelanggan kami datang ke Lewré Bespoke dan dapat pengalaman yang tiada tandingan di mana-mana sahaja di dunia. Pelancaran kedai flagshipini menandakan peristiwa penting yang akan terus memacu kami untuk menerajui industri fesyen Malaysia pada skala antarabangsa. Kami berharap rancangan kami untuk menubuhkan lebih banyak kedai di negara ini dan di seluruh rantau akan memainkan peranan penting dalam memupuk masyarakat Malaysia dengan minda keusahawanan dan memberi inspirasi kepada mereka untuk mempamerkan bakat, kemahiran, dan dedikasi yang ditawarkan oleh usahawan Malaysia kepada dunia.”

YBhg. Dato’ Suriani Binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) berkata, “Saya faham bahawasanya dengan pelancaran kedai flagshipini, Lewré berhasrat untuk memacu lagi industri dengan menubuhkan 100 kedai di seluruh Asia menjelang 2025, yang akan meneroka dari Malaysia ke Australia, China, India, dan sebagainya. Ini akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan di dalam pelbagai disiplin untuk peminat fesyen menimba pengalaman dan pengetahuan dalam industri, di samping mendorong jenama tempatan lain untuk berusaha dan membawa Malaysia ke hadapan sebagai negara keusahawanan yang unggul.”

Lewré Bespoke mengutamakan peningkatan kemahiran industri fesyen secara keseluruhan, di samping menggalakkan usahawan Malaysia yang sedia ada dan akan datang untuk mencabar diri mereka dan menghasilkan karya yang akhirnya akan menjana permintaan yang luar biasa untuk jenama milik Malaysia di seluruh dunia.

Lagi Berita Gaya Hidup :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAKomunikasi Digital @ My LNAUTAMA

MCMC gesa hentikan hantaran provokasi

CYBERJAYA, 29 Mac 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak...

AMBM @ MY LNACuaca @ My LNAUTAMA

NADMA laksanakan Operasi Pembenihan Awan di Sabah

SABAH, 28 Mac 2024 – Semalam Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Ramadan dan limpahan barakahnya

Oleh: Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Kedatangan bulan Ramadan sangat ditunggu-tunggu oleh...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAGaya Hidup @ My LNAPendapat @ My LNASukan @ My LNAUTAMA

Menilai kewajaran Malaysia tolak tawaran anjur Sukan Komanwel 2026

Oleh: Dr Mohd Zaidi Md Zabri Rentetan penarikan diri Victoria, Australia sebagai...