PUTRAJAYA, 28 November 2022 (Bernama) — Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah bersama Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah hari ini mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memperkukuhkan hubungan Malaysia-Brunei Darussalam.
Sultan Hassanal Bolkiah yang berkenan memandu sendiri kenderaan yang dinaiki bersama anakanda Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Anwar dari Pangkalan Tentera Udara Malaysia, Subang, tiba di perkarangan Kompleks Seri Perdana pada 12.25 tengah hari.
Menurut kenyataan Kementerian Luar, Lawatan Khas Sultan Hassanal Bolkiah ke Malaysia hari ini untuk menilai kemajuan kerjasama sedia ada antara MalaysiaBrunei Darussalam di samping meneroka potensi baharu bagi meningkatkan hubungan serta kerjasama yang boleh memanfaat kedua-dua negara.
Ini merupakan pertemuan julung kali antara baginda dan Anwar yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 24 Nov lepas.
Sebelum majlis bermula, Mufti Kerajaan Brunei Darussalam Ustaz Awang Abdul Aziz Juned memimpin bacaan doa.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Selepas itu, Sultan Hassanal Bolkiah dan Pengiran Muda ‘Abdul Mateen serta delegasi Brunei diraikan dalam satu majlis santapan tengah hari.
Anwar dan Sultan Brunei meluangkan masa hampir sejam dalam pertemuan tersebut.
Pemimpin kedua-dua negara itu kemudian bertukar cendera kenangan sebelum mengakhiri pertemuan.
– BERNAMA
PUTRAJAYA 8 Februari 2023 – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) memaklumkan bahawa...
By Azmi SallehFebruary 8, 2023PUTRAJAYA 7 Februari 2023 – Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim memaklumkan...
By hebahan amFebruary 8, 20238 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...
By hebahan amFebruary 8, 2023GEORGETOWN, 6 Februari 2023 – YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri...
By E NEWSFebruary 7, 2023
Leave a comment