PUTRAJAYA, 28 November 2022 – Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN), Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid mengusulkan agar kebergantungan negara kepada sumber luar iaitu import terutama bahan makanan, perlu diatasi dalam jangka masa sederhana dan panjang.
Katanya dalam satu kenyataan hari ini, adalah sangat penting untuk Kerajaan memastikan perusahan domestik dikembangkan bagi menampung dan menstabilkan keperluan dalam negara.
“Dengan yang demikian langkah mengutamakan pengeluaran dalam negara hendaklah diusahakan dengan mewujudkan insentif yang wajar kepada perusahaan tempatan.” katanya.
Mohd Azmi juga berpendapat subsidi bersasar merupakan rasionalisasi dasar yang tepat akan tetapi sudah tentu ia harus dilaksanakan dengan mekanisne yang efisien.
“Saya juga berpendapat tumpuan awal harus diberi kepada menentukan kaedah memastikan keperluan asas rakyat/ pengguna tidak terdedah kepada monopoli dan eskploitasi oleh perusahaan besar.” katanya.
Terdahulu beliau mengalu-alukan langkah Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengambil langkah segera menumpukan perhatian dan gerak kerja kepada isu kos sara hidup rakyat sebagai agenda pertama beliau dengan mengadakan mesyuarat dengan mengenepikan cuti hari Ahad.
Katanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah pasti merupakan agensi di hadapan dalam soal tersebut dan MPPN perlu berperanan membantu merealisasikan keprihatinan Perdana Menteri itu.
Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...
Byhebahan amAugust 10, 2024PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...
Byhebahan amAugust 10, 2024Pemenang Sulung Diraikan di Majlis di New York pada 16 September FAIRFAX,...
ByE NEWSAugust 8, 2024Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...
ByE NEWSAugust 6, 2024
Leave a comment