AMBM @ MY LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Pengguna Yang Bijak, Harus Tahu Menggunakan Teknologi Secara Bertanggungjawab

623

CYBERJAYA, 16 NOVEMBER 2022 – Penggunaan media sosial yang sangat aktif pada bulan ini disebabkan oleh musim pilihanraya. Trend yang sebegini semakin meningkat naik di Malaysia mahupun di dunia di mana masyarakat mendapatkan maklumat, berita mahupun isu-isu semasa adalah dengan menggunakan platform atas talian atau media sosial seperti portal berita internet, Facebook, Twitter, Whatsapp dan Instagram berbanding sumber tradisional seperti televisyen dan akhbar harian. Tidak dapat tidak, trend ini merupakan satu manifestasi gaya hidup bagi setiap peringkat umur, baik yang muda mahupun yang telah berusia.

Dengan adanya kemajuan teknologi internet dan telefon bimbit kita semua mudah untuk mengakses media sosial di mana saja kita berada. Kita juga dengan mudah dapat menerima dan menyampaikan apa jua berita dengan pantas. Seandainya kita tidak berhati-hati, adakalanya sesetengah pihak akan mengambil kesempatan dengan mengeluarkan berita yang palsu, kandungan yang tidak tepat serta status yang tidak tahu hujung pangkalnya.

Pengerusi Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), En. Muhammad Radzillah Abdullah berkata, “Pengguna harus tahu dan sedar tentang tanggungjawab mereka apabila ingin mengetahui ataupun menyampaikan berita apabila menggunakan media sosial. Istilah dunia tanpa sempadan memerlukan kesedaran pengguna media sosial supaya lebih berpengetahuan dalam memilih sesuatu sumber agar ianya akan lebih bermanfaat dan sesuai untuk disampaikan kepada pihak lain.”

Walaupun penggunaan media sosial adalah luas, namun kelebihan negara demokrasi ini haruslah dimanfaatkan sebaiknya agar tidak memberi musibah, masalah dan penyesalan pada masa akan datang. Maka, setiap individu memainkan peranan penting dalam menguruskan sikap dan perasaan untuk meluah, memberitahu dan memberi apa-apa kenyataan di media sosial.

Beliau menambah, “Media sosial bukanlah medan untuk kita menyebarkan fitnah. Penyalahgunaan media sosial juga boleh menggugat kemakmuran dan kestabilan masyarakat. Berteraskan semangat Keluarga Malaysia, setiap pengguna media sosial hendaklah bertanggungjawab ke atas apa yang dikongsikan demi menjaga ukhwah perpaduan yang selama ini telah kita kecapi. Setiap pengguna seharusnya menggunakan platform media sosial ini secara sihat serta bijak dalam menilai sesuatu sumber yang diperolehi dalam memastikan ianya sahih dan tepat.”

Dengan adanya teknologi, kuasa berada di jari pengguna. Oleh itu, CFM mensyorkan supaya setiap pengguna media sosial haruslah berhemah dalam apa jua yang dikeluarkan kerana itu adalah gambaran kepada keperibadian mereka sendiri.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...