8 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM NOW, jumlah kes baharu COVID-19 setakat 7 November 2022, 11:59 pm menunjukkan penurunan iaitu sebanyak 2,519 kes tempatan dan 2 kes import.
Jumlah kematian (termasuk BID) adalah sebanyak 8.
Manakala jumlah kes sembuh setakat 7 November 2022, 11:59 pm menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 4,695.
Dalam pada itu setakat 7 November 2022, 11:59 pm seramai 16,254,431 penduduk di Malaysia telah mendapatkan keseluruhan dos vaksin dan juga dos penggalak pertama.
Leave a comment