Politik @ My LNAPRU15

BN Kalah PRU14 Angkara Pengundi Percaya Janji Melangit PH

101

PADANG TERAP, 7 November 2022 – Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berpunca daripada pengundi yang termakan janji melangit Pakatan Harapan (PH).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, PH dan parti-parti lain yang bertanding pada PRU15 kali ini, akan sekali lagi menawarkan pelbagai janji untuk mengelirukan pengundi.

“Pada PRU14 yang lalu, BN digambarkan sangat buruk dengan pelbagai fitnah sehingga ramai pengundi tidak memilih BN.

Pembangkang ketika itu turut memainkan sentimen dengan menawarkan pelbagai janji termasuklah seolah-olah mereka akan cat langit untuk memikat hati pengundi, sedangkan semua janji-janji itu tidak langsung ditunaikan.”

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam kempen PRU15 di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Kubang Palas di sini hari ini.

Tambah Mahdzir yang juga penyandang Parlimen Padang Terap, PRU15 kali ini turut menyaksikan beberapa individu masih mengejar impian dan menawarkan diri untuk kembali menjadi Perdana Menteri walaupun telah gagal ketika mereka berkuasa.

“Apa yang jelas hari ini adalah mereka mempunyai agenda peribadi iaitu nak jadi Perdana Menteri sahaja.

Tetapi BN menawarkan seorang sahaja untuk menjadi Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seperti mana yang telah diputuskan oleh kepimpinan BN.”

Malangnya PH kini terus memainkan sentimen untuk mengelirukan pengundi dengan membawa naratif Ismail Sabri bukan calon Perdana Menteri jika BN menang PRU15 nanti.

Artikel Berkaitan :

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

PM digesa laksanakan reformasi proses pelantikan ahli-ahli SPR

KUALA LUMPUR, 25 Mac 2024 – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil...

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Pertemuan TPM II dan Ketua Pembangkang Langkah Ke Depan Pengukuhan Demokrasi di Malaysia

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Tiong mahu Akmal henti main isu perkauman

KUALA LUMPUR 19 Mac 2024 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Deklarasi Pemimpin Agama & NGO Agama Menyokong Tuntutan Reformasi 100% Bersih

Kami pemimpin pertubuhan pelbagai agama memerhati perkembangan semasa politik negara dengan dekat....