Politik @ My LNAPRU15

Politik Dinasti Kini Liabiliti Pakatan Harapan

268

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menganggap politik Dinasti yang dipelopori oleh PKR dan DAP adalah liabiliti kepada Pakatan Harapan.

Menampilkan calon yang sama dan anak beranak membuatkan rakyat dan anak muda melihat bahawa orang politik hanya ingin menjaga kepentingan peribadi dan keluarga.

Tidak adakah orang lain dalam kalangan ahli parti yang berwibawa menjadi calon parti masing-masing? Ini tidak, hanya menguatamakan Isteri, anak dan adik beradik sebagai calon.

Rakyat dan anak muda akan menjadikan ini sebagai isu nepotism yang besar dimana mereka sendiri dapat menilai mana parti yang lebih membawa suara rakyat dan mengutamakan kualiti pemimpin.

Ini jelas, parti yang diduduki dilihat menjadi parti berkepentingan keluarga dan tidak berteraskan rakyat dan penyokongnya.

Lebih-lebih lagi rakyat Malaysia telah lebih 30 tahun terperangkap dengan perebutan kuasa diantara 2 figura iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Tiba masa rakyat dan anak muda kini keluar dari kepompong ini dan berikan sinar baru politik negara untuk diwarnai oleh pemimpin-pemimpin muda lainnya.

Selain itu, saya melihat DAP juga parti yang menjadi liabiliti buat sekutu mereka kerana kesilapan dan kegopohan pemimpin mereka semasa memerintah negara selama 22 bulan lalu. Kenyataan dan keputusan-keputusan bodoh yang dibuat antaranya memberikan E-wallet RM 30 kepada rakyat, membawa pulang abu Chin Peng, kes ratifikasi Icerd dan Statue Rom tanpa dibawa ke Parlimen, Perhimpunan bekas-bekas komunis, kenyataan berbaur perkauman dan tidak menjaga kebajikan peniaga-peniaga cina. Ini akan menjadi punca pengundi cina tidak akan berikan peluang kepada Pakatan Harapan untuk berkuasa.

Saya yakin, sekiranya Barisan Nasional terus membuat rejuvenisasi parti dengan berani sekali lagi menampilkan muka-muka baru dan muda sepertimana PRN Melaka dan PRN Johor, rakyat akan pasti memberikan peluang untuk Barisan Nasional kembali menerajui negara.

Ditambah degan pembentangan belanjawan 2023 negara yang memberikan keyakinan kepada rakyat dengan meliputi keseluruhan aspek dalam membawa negara ke arah kestabilan ekonomi dan kemakmuran negara.

Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin
Exco Pergerakan Pemuda Malaysia

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Proses Lantikan Ahli SPR Baharu Membelakangi Manifesto dan Semangat Reformasi

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...