AM

Cuaca buruk luar biasa tidak dijangka berlaku pada penghujung Oktober 2022

62

23 Oktober 2022 – Merujuk kepada rakaman video yang tular di pelbagai platform media sosial serta aplikasi WhatsApp, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa sehingga kini tidak ada jangkaan akan berlaku cuaca buruk luar biasa di Malaysia pada penghujung Oktober 2022.

“Melalui pemantauan terkini, keadaan cuaca di Malaysia sedang dipengaruhi oleh penumpuan angin di Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah sehingga penghujung bulan Oktober yang berpotensi menyebabkan keadaan cuaca lembap di kebanyakan negeri. Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan Ramalan Cuaca Signifikan pada 23 Oktober 2022.

Pada masa yang sama, satu sistem tekanan rendah terbentuk di barat Filipina dan dijangka bergerak ke arah barat dan barat laut menjauhi rantau negara. Walau bagaimanapun, kewujudan sistem ini memberi sedikit kesan terhadap keadaan laut. Oleh itu, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora Kategori Pertama telah dikeluarkan pada 12.30 tengah hari, 24 Oktober 2022 dengan kelajuan angin antara 40 hingga 50 km/jam dan ketinggian ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North dan Layang-Layang dalam tempoh Khamis, 27 Oktober 2022 sehingga Ahad, 30 Oktober 2022.” kata MET Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pemantauan akan terus dilakukan dari masa ke semasa.

“Maklumat sahih berkenaan ramalan dan amaran cuaca boleh dicapai melalui laman web MET Malaysia iaitu www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi serta Hotline di talian 1-300-22-1638.

Sebarang penyebaran maklumat berita palsu dan tidak sahih boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...