Politik @ My LNA

PRU15 Medan Buang Pengkhianat Parti – Ahmad Zahid

135

HULU TERENGGANU, 22 Oktober 2022 (UMNO Online) – Pilihan Raya Umum (PRU) adalah medan untuk membuang pengkhianat parti yang juga oportunis, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Jelasnya, untuk apa ahli politik menyerang sesama sendiri kerana sepatutnya mereka perlu menyerang musuh bagi jadi pemerintah.

“Allah uji dengan sedikit ujian, sudah tak mampu tahan. Buat apa nak serang sesama sendiri, seranglah musuh untuk kita jadi pemerintah.

“UMNO/Barisan Nasional (BN) kuat, tetap pembangkang lebih kuat kerana kita berpecah sesama sendiri. Sebab itu saya dan Perdana Menteri buat perhimpunan ini. Bukan hanya untuk tunjukkan optik tetapi kesaksamaan di antara kami.

“Perdana Menteri jaga kerajaan, saya jaga parti. Perdana Menteri bantu parti, saya bantu beliau dalam menguruskan negara,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Himpunan Solidariti Kestabilan Dan Kemakmuran peringkat Negeri Terengganu semalam.

Beliau yang juga merangkap Pengerusi BN turut mengakui bahawa rakyat mahu kembali kepada UMNO/BN.

“Insya-Allah jika UMNO dan rakan-rakan dalam BN sekalipun, jika kita istiqamah sudah semestinya kita akan menang besar pada PRU ke-15.

“Perasaan rakyat mahu kembali kepada UMNO/BN dan ianya cukup jelas di mana-mana. Pemimpin kerajaan dan parti berjumpa dengan orang ramai, mereka mahu BN kembali.

“Soalnya, adakah kita bersedia? Kita mesti bersedia untuk bersungguh-sungguh melakukan tawaran yang terbaik. Apa yang disebut oleh Perdana Menteri mengenai bajet, menunjukkan bahawa UMNO/BN komited untuk membantu rakyat,” katanya lagi.

Ahmad Zahid turut meminta para pemimpin untuk selalu bertemu dengan rakyat dan terus berkhidmat tidak mengira masa.

“Saya minta kita lupakan perbedaan pendapat di antara kita. Kita tutup buku lama dan buka buku baharu.

“Saya mohon pemimpin di atas jangan turun berjumpa dengan rakyat lima tahun sekali. Ada pilihan raya atau tidak kita akan berkhidmat kepada rakyat seluruhnya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut berpesan kepada jentera seluruhnya untuk bersedia dengan beberapa siri Pilihan Raya Negeri (PRN) yang mungkin akan berlaku selepas PRU ke-15.

“Kalau PRU ke-15 kita berjaya menang besar, Insya-Allah kita akan buktikan bahawa mereka yang melewatkan PRN telah melakukan perhitungan yang salah.

“Apabila selesai sahaja PRU ke-15 nanti, bendera jangan buang sebab kita nak pakai lagi. Simpan elok-elok. Begitu juga dengan baju. Pada PRU nanti, kita akan bentuk kerajaan di Putrajaya dan kita akan rampas kerajaan negeri Terengganu.

“Dua fasa pilihan raya kali ini saya yakin dengan semangat yang ada pada tuan-tuan dan puan-puan serta kombinasi baharu-lama akan membentuk momentum kejayaan semula UMNO/BN pada PRU ke-15,” katanya lagi. – UMNO Online

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Proses Lantikan Ahli SPR Baharu Membelakangi Manifesto dan Semangat Reformasi

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...