Politik @ My LNAPRU15

Presiden UMNO nafi spekulasi tidak pertahan kerusi Bagan Datuk

138

KUALA BERANG, 21 Oktober 2022 – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan spekulasi yang mendakwa beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk, yang disandangnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Katanya perkara seperti yang diperkatakan tersebut belum difikirnya lagi.

“Saya tidak tahu di mana punca dan sumber yang menulis begitu, saya fikir eloklah kita tanya kepada orang itu dan saya belum terniat pun untuk melakukan yang sedemikian (meninggalkan kerusi Bagan Datuk),” katanya kepada pemberita di Program Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran serta Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Terengganu bagi PRU15 di Akademi Binaan Malaysia di Jenagor semalam.

Dalam pada itu beliau berkata BN akan memuktamadkan senarai akhir calon yang akan bertanding pada PRU15 ini, antara tiga hingga lima hari sebelum hari penamaan calon 5 Nov ini.

Beliau juga berkata memandangkan BN akan mengemukakan 70 peratus calon baharu pada pilihan raya ini, beliau bersama pucuk pimpinan BN berharap muka lama yang tidak terpilih kali ini akan menjadi mentor kepada calon baharu.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

Proses Lantikan Ahli SPR Baharu Membelakangi Manifesto dan Semangat Reformasi

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...