AMPendidikan @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Pembelajaran STEM perlu aplikasikan konteks dunia sebenar dan menggunakan pendekatan penerokaan terbuka

399

KUALA LUMPUR 21 Oktober 2022 – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Sri Dr. Adham Baba berkata bahawa negara-negara maju mengamalkan pendekatan pembelajaran melalui experiential
learning dan hands-on learning dari peringkat awal pendidikan.

“Pembelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) perlulah mengaplikasikan konteks dunia sebenar dan menggunakan pendekatan penerokaan terbuka.

Antara bidang fokus yang dilihat mampu menjadi game changer kepada negara ialah cetakan 4D/5D, Teknologi Biosains serta blockchain seperti yang dinyatakan di dalam Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi Malaysia (10-10 MySTIE).

Penguasaan bidang secara fokus dan spesifik ini boleh dijadikan sebagai katalis dalam perkembangan teknologi seperti Internet of Things, Big Data, Virtual Reality dan Augmented Reality yang amat diperlukan dalam dunia pekerjaan pada masa hadapan selari dengan ledakan teknologi IR 4.0″ kata Adham ucapannya di peringkat akhir Pertandingan National Science Challenge 2022 Piala Pusingan YAB Perdana Menteri anjuran Akademi Sains Malaysia (ASM) semalam.

Data daripada Pusat STEM Negara menunjukkan bahawa pada tahun 2022, bilangan pelajar dalam bidang STEM kini berada pada kadar 47 peratus, manakala hanya sebanyak 19 peratus sahaja yang mengambil jurusan Sains Tulen. Justeru itu, dalam usaha menjadikan pendidikan STEM menarik, adalah penting untuk melibatkan kerjasama pelbagai pihak. Sebagai contoh, pihak sekolah boleh memupuk jalinan kerjasama dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan syarikat-syarikat swasta bagi menarik minat para pelajar terhadap STEM.

National Science Challenge anjuran ASM telah diadakan sejak tahun 1999. Pada tahun ini sejumlah 3,895 pasukan telah berdaftar merangkumi 11,685 pelajar daripada seluruh Malaysia di Peringkat Awal. Pemenang bagi NSC 2022 adalah SMKJ Jit Sin Pulau Pinang. Naib juara adalah Cempaka International School Damansara. Tempat ketiga; SMK Ave Maria Convent Perak, keempat; Pusat Genius @ Pintar Negara dan kelima; SMK Methodist Sibu.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...