PUTRAJAYA, 19 Oktober 2022- Satu serbuan telah dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ke atas sebuah premis perniagaan yang terletak di Jalan Mutiara, Skudai, Johor yang menjual alat teknologi penstriman (android box) minggu ini.
Dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman bin Adam berkata serbuan yang bermula pada jam 1.00 tengah hari itu dengan kekuatan seramai empat (4) anggota penguat kuasa KPDNHEP Putrajaya dilakukan hasil daripada maklumat pemilik hak cipta serta risikan awal yang telah dilakukan oleh pihak KPDNHEP selama beberapa hari sebelum tindakan.
Katanya hasil pemeriksaan lanjut ke atas premis terbabit, pihak KPDNHEP telah merampas 600 unit alat teknologi penstriman pelbagai jenama berserta dokumen yang berkaitan yang disyaki mengandungi karya hak cipta yang dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM 404,500.00.
“Pasukan serbuan juga telah bertindak menahan seorang individu, wanita warganegara tempatan berumur lingkungan 20-an yang mengaku sebagai pekerja di premis terbabit untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah seksyen 43AA Akta Hak Cipta 1987 iaitu melakukan pelanggaran hak cipta dalam apa-apa karya dengan menjual suatu teknologi penstriman.
Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM 10 000.00 dan tidak melebihi RM 200,000.00 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.” kata Azman.
Tambah Azman, pihak KPDNHEP telah menambahbaik Akta Hak Cipta 1987 melalui pindaan kepada Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022 yang telah berkuatkuasa mulai 18 Mac 2022 lalu.
“Ia memberi penekanan dalam usaha pihak Kementerian untuk membanteras pelanggaran hak cipta secara dalam talian atau cetak rompak digital ini dengan lebih berkesan.
Pihak Kementerian ingin mengingatkan kepada semua peniaga agar tidak menjual alat teknologi penstriman seumpama ini yang mengandungi karya hak cipta yang dituntut haknya tanpa kebenaran.
Tindakan penguatkuasaan serta pemantauan yang berterusan dan tegas akan dilakukan oleh pihak Kementerian kerana alat teknologi penstriman ini berupaya untuk melakukan pelanggaran hak cipta dalam apa-apa karya hak cipta yang dilindungi.” tegasnya.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment