AMPendidikan @ My LNA

HI-TEA Apresiasi YPM: Perkukuh jalinan dengan penyumbang program CSR pendidikan YPM

113

KUALA LUMPUR, 18 OKTOBER 2022 — Yayasan Pelajaran MARA (YPM) menerus! inisiatif program tanggungjawab korporat sosial (CSR) pendidikan telah memanfaatkan seramai 32,998 pelajar luar bandar sepanjang pelaksanaannya sejak awal tahun di seluruh negara.

Pengerusi YPM, Dato’ Mohd Razman Yaacob berkata, YPM sentiasa ke hadapan demi membantu meningkatkan tahap pendidikan pelajar-pelajar miskin, asnaf, fakir dan mereka daripada golongan B40 supaya tidak terpinggir dalam arus pendidikan.

Pelbagai program CSR yang dilaksanakan YPM termasuklah Program Tulsyen Pintar YPM @KPLB, Program Kecemerlangan & Pembangunan Insan, Program Celik AlQuran, Program Semarak limu, Skim Anak Angkat, Skim Bantuan Persekolahan, Skim Bantuan Khas Pendidikan, Skim Dana Ehsan Pendidikan, Skim Pendidikan Tertiari, Program SPM Fast Track, Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya, Program Back To School, Program Selangkah Ke Universiti, Program STEM Challenge, Program Maths For Rural Kids (MARK) dan Program Usahawan Digital.

“Menerusi pelaksanaan Program Tuisyen Pintar YPM @KPLB, seramai 6100 pelajar menerima manfaat dengan jumiah peruntukan bernilal RM2,135,000.

“Skim Bantuan Persekolahan / Skim Bantuan Khas Pendidikan / Skim Dana Ehsan Pendidikan telah memanfaatkan seramai 24,667 pelajar dengan jumlah peruntukkan bernilai RM2,916,889.90.

“Manakala Skim Anak Angkat telah memanfaatkan seramai 1,773 pelajar dengan jumlah peruntukan bemilai RM1,358,900.

“Skim Pendidikan Tertiari pula telah memanfaatkan seramai 148 pelajar dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 444,000.

“Program Khas SPM Fast Track telah memanfaatkan seramai 110 pelajar di 3 pusat pengajian dengan jumiah peruntukan bernilai RM880,000.

“Seterusnya, Program Celik Al-Quran turut memanfaatkan seramai 200 pelajar dengan jumiah peruntukan sebanyak RM40,000°, kata Mohd Razman kepada pemberita selepas majlis Hi-Tea Apresiasi Penyumbang Program Pendidikan YPM di Hotel Premiera, di sini, hari ini.

Majlis Apreasiasi yang julung-julung kalinya diadakan ini sebagai manifestasi penghargaan kepada pihak penyumbang meliputi syarikat korporat, agensi kerajaan, orang perseorangan yang sentiasa menyokong YPM dalam menjayakan program pendidikan YPM.

Majlis ini dihadiri oleh seramai 200 orang melibatkan pihak penyumbang dari syarikat korporat, GLC dan orang perseorangan.

“Alhamdullilah kita berjaya mengumpul sumbangan atau tajaan sebanyak RM4,834,023 daripada 45 syarikat korporat dan individu pada tahun ini. Sumbangan ini akan kita gunakan untuk pelbagai program pendidikan dan kita sangat berterima kasih kepada penyumbang yang telah memberikan penajaan ini.

“Saya harap kolaboratif strategik antara YPM bersama syarikat-syarikat korporat atau individu dalam program pendidikan ini akan sentiasa diteruskan demi membantu pelajar-pelajar supaya mendapat pendidikan yang setaraf’, tambah beliau.

Kejayaan amat besar ini tidak akan tercapai tanpa sokongan dan sumbangan daripada semua pihak yang terlibat.

Justeru, YPM mengalu-alukan syarikat-syarikat korporat, agensi luar dan individu untuk menyumbang dalam program CSR Pendidikan YPM. Sumbangan boleh disalurkan menerusi http:/ledonation.ypm.org.my/ atau aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNACSR @ BM My LNA

Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan MenerusiInisiatif CSR Sesama Mara

KUALA LUMPUR – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAKomunikasi Digital @ My LNAUTAMA

MCMC gesa hentikan hantaran provokasi

CYBERJAYA, 29 Mac 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak...

AMBM @ MY LNACuaca @ My LNAUTAMA

NADMA laksanakan Operasi Pembenihan Awan di Sabah

SABAH, 28 Mac 2024 – Semalam Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Ramadan dan limpahan barakahnya

Oleh: Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Kedatangan bulan Ramadan sangat ditunggu-tunggu oleh...