AMGaya Hidup @ My LNA

Rai Deepavali dengan penuh kemeriahan bersama kumpulan syarikat Suria KLCC

526

KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2022 – Melihat fasa pergerakan kawalan yang telah sepenuhnya ditamatkan serta kadar peningkatan ekonomi yang semakin memberangsangkan, sambutan Deepavali yang disambut oleh penganut Hindu di Malaysia untuk tahun ini kelihatan lebih ceria dan berwarna-warni.

Kumpulan Syarikat Suria KLCC yang terdiri daripada Suria KLCC, Alamanda dan Mesra Mall bakal turut serta menyambut pesta cahaya yang akan berlangsung pada 24 Oktober 2022.

“Perayaan Deepavali adalah detik untuk menyambut ketibaan cahaya yang menjadi penyuluh hidup serta kebaikan sesama insan. Perayaan ini amat simbolik dengan kemeriahan, kegirangan dan juga kesyukuran akan kemuafakatan bersama setelah kita menempuhi cabaran yang baru sahaja berlalu.” Ujar Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Syarikat Suria KLCC.

Kemeriahan Sambutan Perayaan Deepavali di Suria KLCC

Suria KLCC akan menyambut perayaan Deepavali selama 17 hari bermula dari 14 sehingga 30 Oktober. Hiasan taman yang mewah dan megah berlokasi di “Centre Court” tersedia untuk para pengunjung sepanjang tempoh sambutan. Para pengunjung akan dirai dengan prop burung merak dan gazebo tradisional masyarakat India yang akan bertakhtakan kepelbagaian bunga yang indah. Suasana akan lebih dirasai bersama iringan muzik Deepavali.

Kolam besaiz 20 kaki yang dihiasi dengan pencahayaan bergerak dan alunan muzik yang mengasyikkan akan dipertontokan di tengah hiasan taman tersebut bagi mencerminkan keindahan suasana pesta cahaya ini. Pengunjung juga boleh merasai pengalaman istimewa melalui ciri-ciri hiasan yang unik seperti lampu pelbagai warna yang akan bertukar warna apabila pengunjung menyentuh sensor yang tersedia. Pada hari minggu yang terpilih, para pembeli juga akan dihiburkan dengan tarian tradisional kaum India yang akan berlangsung di “Centre Court”.

Pelanggan setia juga berpeluang untuk memenangi baucar beli-belah Suria KLCC (SKLCC) yang juga merupakan sebahagian daripada “Shoppers Reward Programme”. Pelanggan yang berbelanja RM600 ke atas melalui dua resit dari mana-mana kedai terpilih akan menerima e-Baucar Beli-Belah SKLCC yang bernilai RM50.

Ganjaran Perayaan di Alamanda Putrajaya

Melihat kediaman yang dihiasi dengan hiasan tradisional masyarakat India yang berwarna-warni, hiasan Rangoli yang diterangi dengan Diyas akan menyambut para pengunjung di Pusat Beli-Belah Alamanda bermula dari 8 Oktober sehingga 24 Oktober 2022 untuk sambutan perayaan Deepavali.

Bagi tempoh perayaan kali ini yang akan dilanjutkan untuk 17 hari, para pembeli dapat menikmati pelbagai tawaran menarik. Pembeli yang berbelanja jumlah maksima sebanyak RM300 melalui dua resit dari mana-mana kedai terpilih akan mendapat sepasang balang rempah ratus.

Bagi pembeli yang berbelanja RM1,500 ke atas, mereka berpeluang untuk menyertai “High Spender Rewards”. Selain daripada berpeluang membawa pulang sepasang balang rempah ratus, mereka juga berpeluang untuk mendapatkan baucar Alamanda yang bernilai RM50. Ganjaran ini terhad kepada 125 pembeli yang berbelanja RM1,500 ke ata, selagi stok masih ada.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...