AM

Amaran Hujan Berterusan (Waspada) untuk Sarawak, Sabah dan WP Labuan sehingga 18 Oktober 2022

334

17 Oktober 2022 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa Ribut Tropika Kuat Nesat kini berada di kedudukan 19.7°U 117.2°T di barat laut Filipina dijangka bergerak ke arah barat menuju Pulau Hainan.

Dalam satu kenyataan, MET Malaysia berkata keadaan tersebut menyebabkan angin kencang di Laut China Selatan.

“Ramalan terkini menunjukkan sistem ini dijangka meningkat ke tahap Taufan menjelang malam ini.

Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) untuk Sarawak, Sabah dan WP Labuan sehingga 18 Oktober 2022.” katanya.

Tambah MET Malaysia, dalam masa yang sama, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora Kategori Pertama telah dikeluarkan pada 9:50 malam, 15 Oktober 2022 dengan kelajuan angin antara 40 hingga 50 km/jam dan ketinggian ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di kawasan perairan Laut China Selatan khususnya di perairan Condore, Reef North, Layang-layang, Palawan dan Labuan dalam tempoh 18 Oktober 2022 sehingga 20 Oktober 2022.

“Orang awam di kawasan terlibat dinasihatkan untuk lebih peka dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan. Maklumat cuaca terkini boleh diperolehi melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, dan media sosial rasmi. Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.” katanya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...