Home AM Menteri Kabinet masih berfungsi seperti biasa dalam kerajaan “caretaker” – KSN
AM

Menteri Kabinet masih berfungsi seperti biasa dalam kerajaan “caretaker” – KSN

PUTRAJAYA, 10 Okt (Bernama) — Kabinet yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berfungsi sebagai kerajaan sementara atau “caretaker” dengan Mesyuarat Kabinet masih boleh dijalankan seperti biasa walaupun Parlimen telah dibubarkan hari ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Bagaimanapun, beliau berkata Kabinet tidak boleh membuat sebarang keputusan dasar walaupun masih boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam soal pentadbiran negara.

“Menteri dan timbalan menteri berfungsi seperti biasa dalam kerajaan ‘caretaker’ cuma tidak boleh membuat keputusan mengenai dasar dan polisi baharu,” katanya ketika diminta memberi pandangan mengenai fungsi Kabinet ekoran pembubaran Parlimen.

Mohd Zuki berkata Kabinet juga boleh meneruskan pelaksanaan dasar dan keputusan yang telah dibuat terlebih dahulu sebelum Parlimen dibubarkan.

Beliau berkata keadaan ketika ini berbeza dengan pentadbiran terdahulu apabila Perdana Menteri meletak dan melepaskan jawatan pada 2020 dan 2021.

Mohd Zuki berkata ketika itu apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemudian Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan, Kabinet mereka secara serta-merta terbubar.

Namun, katanya dalam keadaan sekarang, hanya Parlimen sahaja yang dibubarkan.

“Jemaah Menteri masih lagi boleh bermesyuarat terutama apabila berlaku bencana dan sebagainya,” katanya.

Perdana Menteri petang tadi dalam perutusan khasnya mengumumkan pembubaran Parlimen Penggal Ke-14 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU15).

– BERNAMA

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPendidikan

CEO@Faculty bukti kolaborasi industri-akademia yang berhasil

Oleh: Dr Syed Bahari Ramadzan Syed Adnan Bidang industri dan akademik merupakan...

AMHighlightsLUAR BANDARMY LNA

Tindakan RISDA bagi membantu pekebun kecil getah hadapi cuaca panas

Sorotan Video Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji...

Alam SekitarAMESGMY LNA

Empat Fokus Utama Malaysia menjadi tarikan utama Negara Anggota Un-Habitat ke arah mencapai Agenda Mampan 2030

NAIROBI, KENYA, 8 Jun 2023 – Penyertaan Malaysia ke Persidangan United Nations...